Friday, December 31, 2010
Salam buat semua...Alhamdulillah tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya . Dengan munculnya tahun baru 2011 aku harap ia akan memberikan nafas baru buat aka dan korang semua juga . Moga kita akan terus maju di dalam apa jua bidang yang kita ceburi .


Peribadi .
Bagi perjalanan hidup aku...aku mengharapkan agar akan segera mempunyai meneman buat diri ini . Siapa tak mau berkeluarga beb..umur dah nak ke angka 30 ni , moga kisah cinta aku dan si dia menuju ke menara yang kami harapkan..Amin.

Kerjaya.
Bagi perjalanan perniagaan aku pula..aku mengharapkan ia akan lebih maju dan terus berkembang . Moga pahit maung pengalaman lalu mematangkan aku untuk terus mengorak kejayaan yang lebih cemerlang buat perniagaan aku nanti .

Blog.
Alhamdulillah...blog sempoi picisan ni dah mencapai 186 follower setakat ni..Aku amat - amat bersyukur ada juga orang yang nak singgah ke blog aku ni . Moga blog aku akan terus maju dari sehari ke sehari ..Amin .

Percintaan.
Haha...bab yang rumit kan..tapi aku mengharapkan percintaan aku dan si dia akan berjaya menuju ka gerbang yang kami impikan . Terlalu banyak dugaan dan halangan..namun kami yakin cinta kami akan bersatu..itu pasti . Insya Allah.

Nota kaki:Selamat tahun baru semua...


Wednesday, December 29, 2010




Salam buat semua . Lega aku rasa bila kemenagan permainan bola sepak semalam perpihak kepada pasukan kita . Bukan apa , cuma aku harap kemenangan tersebut dapat meredakan tomahan dan cacian penduduk indinesia terhadap rakyat negara kita .




Ramai yang kena caci dan hina dengan kata - kata kesat oleh warga negara dari indonesia . Entah kenapa mereka suka cari gaduh aku pun tak paham . Semangat kesukanan perlulah ada...bukan semangat nak cari gaduh je . Apa pun aku bersyukur semuanya selamat dan tiada pertumpahan darah yang berlaku semalam . Tapu memang ada kekasaran yang mereka lakukan dengan membaling banner dan botool kepada penyokong dari Malaysia . 


Kata orang...jangan layan orang gila...nanti kita pun jadi sama gila . Tahniah aku ucapkan kepada semua pemain , juru latih dan penyokong semua . Ini kejayaan kita semua . Tahniah Malaysia .


Saturday, December 25, 2010
BEN ASHAARI

Saya tinggal di Pantai Remis , Perak dan bekerja sendiri . Saya masih bujang dan berwawasan tinggi . Sangat kuat semangat serta punyai matlamat diri untuk berjaya . Saya menjadi blogger hanya untuk berkongsi suka duka perjalanan kehidupan bersama rakan- rakan semua . Moga apa yang saya kongsikan menjadi tauladan dan pengajaran buat mereka yang singgah di blog ini .

Itu je..harap - harap tersenarai..hehe





Tuesday, December 21, 2010




Salam buat semua ....Kes pembuangan bayi sekarang ni dah jadi macam kes buang anak kucing , bezanya ...anak kucing orang buang hidup - hidup tapi bayi bayak yang di temui mati .

Aku jadi marah bila baca banyak kes pembuangan bayi . Entah bila kes ni nak selesai . Semakin hari semakin banyak bayi yang di temui dibuang di tempat pembuangan sampai dan sebagainya . Kalau dah buat dosa tu tak pikir ke akan ngandung ? Dah la buat dosa...bila dah ngandung buang baby merata - rata sebab takut malu . Kes buang bayi ni biasanya anak melayu lah kan..sebab nak tutup malu...so dah beranak buang je merata - rata . Sedih bila tengok gambar bayi comel yang tak berdosa dibuang merata - rata .
Korang rasa ada tak penyelesaian untuk tangani masalah ni ? Pada aku negara maju pun tak guna...selagi pemikiran rakyat jadi semakin zalim dan bersikap seperti zaman jahiliah . Fikir fikir kan lah .
Salam semua..aku nak sertai bloglist IR ni . Tq coz LM tag aku .


1.Aku memang dah follow blog dia .


2.Entri tajuk ni .


3.Aku si jejaka


4.Blog IR adalah blog yang memberi info terkini .


5.Aku suka baca tentang tips berblogging


6.Aku nak tag


Pija
krole
fizzo

TQ semua .

Sunday, December 19, 2010

Salam buat semua...Lama aku menyepi , aduhh memang busy lately ni , maaf yer . Apa yang aku nak ajak korang kongsi hari ni adalah pasal satu isu ni . Korang yang perempuan tu....naper ekk ? Korang ni suker je cerita pasal ex pakwe korang kat kita orang lelaki ni . Sabar lelaki ada batasnyer tau . Tapi kami buat muka toya jer..tak kan nak naik angin kan ?


Aku memang pelik tau . Apalah guna jika korang cerita pasal bekas pakwe korang yang macho , bulu dada tebal dan bla bla bla . Kami lelaki ni tak minat pun nak dengar...Pada aku , jika kita dah berpisah , buka buku baru . Tak yah nak kenang semua yang dah lepas . Sebenarnya , benda remeh macam ni lah yang  akan merenggangkan  hubungan sesama pasangan tau . Jangan sakiti hati pasangan korang ngan cerita kosong tu . Hargai detik bersama..itu yang penting .


Nota kaki : Jika kita nak orang hormati perasaan kita...kita perlu lakukan perkara yang sama .
Monday, December 13, 2010





Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah tak da pompuan bujang ker ? Hehe...perkara ni dah jadi kebiasaan . Sebenarnya kalau di perhatikan , walau pun mereka bukan nak ajak wanita tu bercinta , tapi mereka still admire kat wanita tu kan..memuji dalam hati pun jadilah yek ???


Persoalannyer ...kenapa perkara tersebut semakin berlaku dalam kehidupan kita . Adakah isteri orang tu terlalu menggoda sehingga kita anak teruna ni tergoda ? Atau pun mata lelaki memandang wanita dah berkahwin ni lebih cun dan mengancam . Dan akhirnya si dia mengancam nafsu kita lelaki bujang ni ? haha...


Dari pemerhatian aku..kalau nak kata wanita dah berkahwin ni cun..yang belum berkahwin pun ada ramai yang cun..bergetah , seksi meksi..apa je..semua ada...Tapi biasanya wanita yang dah berkahwin ni , mereka menjaga badan , makan jamu , makan suppliment tuk kelihatan sihat..al -maklum lah orang dah berkahwin..dah beranak pinak..kena lah jaga badan kan . Kalau  anak dara..ais pun hentam je..jarang juga kita jumpa isteri orang minum ais..bagi yang jaga body lah kan..


So..dari penjagaan rapi tu lah kot yang membuatkan ramai lelaki bujang terpesona dengan wanita yang dah berkahwin . Pada pandangan aku , sikap wanita muda yang tergedik - gedik dah dah hilang sifat ketimuran juga membuatkan selera lelaki bujang dah tawar terhadap mereka kot...entah la . Itu cuma pendapat aku , tapi mana leh ambek hak orang kan..dia telah berpunya..pandang dari jauh leh la kan ? hehe...pandang - pandang boleh..pegang - pegang jangan..keh keh keh .









Salam buat semua...ini pertama kali saya buat tag award dari sahabat blogger semua . Sebelum ni asik tak sempat nak buat je . Award istimewa yang saya dapat kali ini adalah di tag oleh LM . Tq kepada LM kerana pas award ni tuk saya .







Inilah award hasil kreativiti aibaks...


Saya pas pulak awards aibaks ni kepada orang ni yer :


ummiizah


aizuddin




Nota kaki : Moga award ni dapat mengeratkan persahabatan sesama kita .



Sunday, December 12, 2010



Salam buat semua ....sihat hari ni ? korang pernah alami percintaan jarak jauh dengan kekasih hati ? Hurmmm sebenarnya berkasih jarak jauh ni ada baik dan buruknya . Pada aku , kadang kala menjimatkan masa dan wang ringgit juga bila buah hati jauh dari kita . Tak la kita asik berdating hari - hari kan ? Dosa pun kurang lah kot . 


Tapi bab yang rugi nyer..memang menduga keimanan betul bila kawan - kawan rapat asik berkepit ngan awek...korang duk termenung pandang syiling . Tension tak . Kalau bab bergaduh pulak , pada aku..sama jer..kalau jauh pun ada gak kes nyer yang jadi punca nak gaduh . Kalau dekat leh la bincang depan - depan , ni kalau jauh..aduhh susah nak pujuk beb .


Apa pun , pada aku bercinta jarak jauh ke..atau dekat sama je . Kepercayaan dan ketulusan dalam percintaan tu penting . Betul tak ? Kalau nak curang depan mata pun leh curang jugak kan ...yang penting hati . Ada setuju ???



Wednesday, December 8, 2010
Salam buat semua....sihat hari ni ? Dalam berblogging ni , keikhlasan itu penting . Apa yang kita luahkan dalam entri  kita ikhlas , pasti ada yang tertarik nak komen . Masa mula berblogging , memang terasa peritnya . Buat entri tajuk bagus pun orang tak mau datang komen . Tapi...bukan bermakna takda orang komen , tiada orang orang baca entri kita .


Dalam berblog walking pun kena ikhlas juga . Jangan semua ayat sama je korang letak kat shoutbox kawan - kawan . Keikhlasan tu sebenarnya umpama semut hitam di atas batu di kala waktu malam . Kalau kita ikhlas....kita akan dapat hasilnya suatu hari nanti , kejayaan itu pasti milik kamu . Percayalah .


Kalau kita follow blog tu , jangan sekadar follow je . Pastu tak masuk lagi , kenalah bersahabat dengan mereka . Jika bersahabat , pasti mereka datang blog kamu dan rajin nak komen entri kamu ..betul tak ? Jika keikhlasan itu ada...kejayaan akan datang dengan sendirinya .



BEN ASHAARI


Salam semua..saya teringin nak join segmen BEN ASHAARI ni . Saya nak blog saya di jadikan bloglist di sidebar blog beliau . Tq BA..ni penyertaan saya .
Tuesday, December 7, 2010
Salam buat semua . Moga korang sihat di tahun baru ini . Wahh dah masuk bulan Muharam..tahun baru telah bermula , azam baru perlu di buat , bukan begitu ? Ok lah , aku cuma nak cerita pasal wanita . Aku ni biasalah...pastinya lelaki yang minat kepada keayuan wanita . Pastinya aku ni memuja wanita cantik..alamak..apa ayat aku ni ? hahaha . Mati aku kena cekik ngan awek aku pas ni .


Pada aku , wanita cantik bertutup . Cantik dan ayu bertudung , umpama makanan yang di tutup , bersih dari hinggapan lalat dan debu . Begitulah sucinya wanita yang bertutup pada pendapat aku .


Namun , kenapa lelaki suka wanita seksi ? Ramai wanita yang mendedahkan aurat , tayang gambar seksi seksa kat dalan FB ...wahhh rezeki mata beb...nafsu jahat lelaki pastilah nak berkenalan , pasti lah ramai yang add di FB . Apa perasaan girl friend korang kalau tengok korang add pompuan macam sialan tu? hahhhh aku rasa sure dia menggigil dan pengsan . 


Tapi , pelik ke kenapa lelaki suka temgok benda tu semua . Pada aku , jika wanita tak buat penawaran , pasti tiada lelaki yang nak buat permintaan . Cuma...relakah kita wahai lelaki untuk beristerikan wanita yang tak cukup kain tu ? Aduhh tepuk dada tanya iman , pada aku...memang aku suker tengok , tapi...kalau dapat jadi milik aku lagi best kot . Ehh silap lak , tak mo lah jadikan suri hati aku , pakai tak cukup kain , dedah sana sini ...aduhh dengan aku sekali masuk neraka kena tanggung dosa dia nanti . Wallahualam .

Nota kaki : Fikir lah wahai wanita semua...


Sunday, December 5, 2010



Assalamuaalaikum..

Dah lama aku tak sambung cerita pasal buah hati aku ni . Dia ada duk tersipu - sipu tu . Aihh jangan senyum manja2 marling...nanti tak siap entri abang . Aku curi masa buat entri masa sedang berym ngan si dia . Kalau nak cari masa lain..memang tak berupdate la cerita ni .

Ok..lepas dah kenal hati budi kami pun buat keputusan untuk bertemu . Lokasi ? wahhh pastinya tempat yang menarik . tapi mana leh cerita . Aduhh dugaan betul masa nak jumpa . Dia tinggal di selatan , aku di utara . Jarah tu dah menyukarkan . Tapi kami jumpa dan sebelum malam kamu bergerak pulang . Masa berjumpa tu , lidah jadi kelu . Aku cuma cakap sepatah dua je aku rasa...aduhh . Memang aku tak boleh berkata - kata . Rasa macam mimpi lak jumpa si dia . Buah hati aku ? dia macam biasalah..berceloteh tak henti..hahaha..jangan marah ye sayang..memang abang suka celoteh mu , menghiburkan hati abg ni .

Dapat jumpa beberapa jam je , pas tu aku hantar dia pulang ke rumah . Jauh nya...tapi apa nak buat ? sayang punya pasal . Takkan aku nak suruh dia balik naik bas? padahal memang dia dah beli tiket bas siap - siap sebelum tu . Cinta itu indah ...


Salam Maal Hijrah buat semua . Wahh hari ni terasa macam pendek je waktu . Terkejar - kejar ke sana sini . Takpelah , namanya pun kerja kan ? Owh ye...buah hati aku dah elok dah , tak merajuk lagi dah ...lega beb . Panic aku jap , dia nak tutup blog dia sebab merajuk . aduhh !!.


Tahun baru ni , apa azam korang ? aku macam korang juga , berazam nak buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain . Aku harap apa yang aku rancang akan berjalan lancar dan mudah semuanya . Buat blog ni pula , pastilah aku nak buat yang terbaik , hasilkan entri yang menarik buat santapan semua . 


Oklah , pendek je entri hari ni..busy sangat - sangat nih..Selamat menyambut Maal Hijrah , buku baru..so , jangan buat dosa banyak sangat kat buku baru ye?hehe.
Saturday, December 4, 2010
Asalammualaikum....

  fuhhhh....kecut perut aku hari ni buah hati merajuk beb...masak..
asyik sangat bw..guling la ..terbang la ..sampai tak perasan menguris hati buah hati aku ni..
ermm masak nak memujuk yer ni..aku ingat aku jer kuat cemburu dia pun sama tak per satu kepala ..
cemburu kan tandanya sayang betul tak

Jika buah hati aku tu  membaca entry ini aku dangan terbuka ingin memohon maaf jika aku telah mengguris perasaan nya sehingga menjejaskan semangatnya untuk berkarya.Selepas ini aku akan menjaga tatabahasa bila ber bw supaya tidak menguris hati buah hati aku ni lagi....

Harap-harap selepas buah hati aku ni bace entry ni sejuk lah hati nya tu ..tak best oo buah hati merajuk btl x..

korang pun mesti ada pengalaman macam aku ni kan kongsi lah dengan aku ekk...
Kbsm Shahazrin

Salam ..Saya nak segmen baru anjuran Shah KBSM

Saya rasa segmen ini amat menarik untuk memperkenalkan blog saya yang baru je bertapak ni kepada sahabat yang lain , di samping saya nak berkenalan dengan blogger lain .

Apa tunggu lai..jom kita join ramai - ramai . Klik je SINI

PASIR MAS – Seramai 11 sekeluarga nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh rumah mereka di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini awal pagi semalam.
Pemilik rumah berkenaan, Wan Meriam Wan Idris, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika beliau serta sembilan anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun sedang nyenyak tidur di bahagian atas rumah dua tingkat itu.
Suaminya, Zakaria Dollah, 66, berada di bilik air ketika bunyi dentuman kuat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Saya terdengar dentuman selain bunyi penggera kereta.
“Apabila keluar untuk melihat apa yang berlaku, kami terkejut mendapati sebuah bas ekspres berada di dalam rumah kami.
“Selain bahagian hadapan rumah musnah, belakang kereta Toyota Corrolla SE saya juga remuk,” katanya ketika ditemui semalam.
(Kosmo )


Nota kaki : negri pulak jika rumah tepi jalan kan..nak tido pun tak lena .




Friday, December 3, 2010
Assalamualaikum..Aku ingin join segmen baru Ben Ashaari .



image



  • Usia anda berblog ..
-Usia blog ni hampir 2bulan
  • Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
-Buah hati Saya..hehehe .

  • Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
-Memikirkan banyak entri menarik yang ingin dikongsi oleh blogger tersebut . Tips serta pelbagai berita terkini .

  • Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
-Kekasih hati kerana dia rajin memberi tips dan inspirasii untuk saya memulakan langkah dalam dunia blogging ni .

  • Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
-Bila mereka yang tak tahu pasal IT , sebut blog pun blok ..aduhh , mereka tak tau macam mana nak buka dan komen di dalam blog, saya akan ajarkan mereka cara membaca blog .

  • Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
-Ya , memang amat mempengaruhi kehidupan seharian saya . Saya menjadi semakin yakin pada diri sendiri , mendapat ramai kawan di dunia maya ni , serta setiap hari saya perlu memikirkan apakah entri yang sesuai untuk saya kongsi dengan pembaca .

Saya juga semakin rajin membaca dan ia memberi banyak pengetahuan kepada saya . Kehidupan sebagai anak bujang tidak lagi bosan kerana ia terisi dengan aktiviti blog walking dan membuat entri .


Saya menjadi semakin kuat semangat kerana untuk memajukan blog saya ia memerlukan keazaman yang tinggi . Bukan mudah untuk menarik minat mereka untuk datang membaca dan follow blogger baru seperti saya .Jika dulu sarapan saya adalah nasi lemak , sekarang sarapan terawal saya adalah blog..hehehe . Besarkan pengaruh blog terhadap diri saya .


Wednesday, December 1, 2010
Salam semua . Aku nak join Segmen anjuran BEN ASHAARI . Nampak menarik dan ni kali pertama aku join segmen beliau .





image


  • Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog 
Pada pendapat saya ...sesebuah blog perlu ada header yang menarik dan entri yang kemas dan mudah difahami .
  • Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Saya mempromosikan blog saya di dalam shoutbox dan ruang komen setiap blog yang saya masuk .

  • Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
Saya tak suka masuk blog yang ada lagu sebab amat membingitkan telinga .

  • Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
Saya akan terus melihat entri dia dan jumlah follower dia ramai ke tidak .hehehe.

  • Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
Saya akan tinggalkan kata- kata nasihat di ruang komen entri mereka .


  • Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..

Saya suka blog yang santai dan pastinya simple dan ringan ,mudah nak loading .



Menarik kan segmen ni..jom ramai - ramai join .




Tuesday, November 30, 2010
Assalamualaikum ...Moga semuanya happy dan sihat . Dah lunch ? Dah siap makan biasanya aku akan jadi naga . Tau naga ? hahaha...isap rokok la . Shyyyy tak boleh cakap kuat - kuat . Makwe aku marah aku isap rokok . Masa aku dating ngan dia , sebatang rokok pun aku tak hisap . Cinta punya pasal . Dia dah kata kalau ada bau rokok kat mulut dan baju aku dia tak mau dating..mak aiii baik punya amaran dia bagi aku . 


Apa yang buat lelaki minat merokok ? aku tak tau pun nak jawab . Tapi bila rasa buntu , memang aku cari rokok . Aduhh tak tau nak cerita , hanya mereka yang perokok je boleh faham . Aku ada tekad nak berhenti merokok , ntah bila aku tak tau . Tapi aku harap tahun depan aku boleh berhenti merokok . Aku sedar merokok tu tak elok dan merbahayakan kesihatan . 

Tapi dah mula merokok memang susah nak tinggalkan tabiat tu . Kalau ada member lagi lah susah . Aku tak mau jadi naga lama - lama..asik berasap je . Hehe ...Ada petua untuk cepat berhenti merokok ? jom share ngan aku .

Monday, November 29, 2010
Assalamualaikum semua , sihat hari ni ke? Lunch apa hari ni . Makan kat mana , gerai ke atau ke kedai mamak . Kedai mamak memang dah jadi sebati dengan hidup aku . Aku biasanya cari mee goreng je lah . Tapi yang aku perhatikan kedai mamak ni banyak bagusnya . Di samping mee goreng dia yang sedap , dia ada pelbagai lauk pauk yang murah harganya . So..korang nak makan mee goreng ke , nasi ke , atau roti canai mudah . Duduk situ , semua korang boleh order . Betul kan ?


Biasanya..kedai mamak ni akan jadi tumpuan orang lelaki bila tiba musim bola . Semua berkumpul situ ramai - ramai tengok bola..perghhh lain beb feel dia tengok kat rumah dengan kat kedai mamak . Korang selalu lepak kedai mamak ke ? jom- jom kita gi kedai mamak .Aku belanja ..heheh
Salam buat semua . Sihat ke ? Aku harap korang sihat dan berbahagia selalu . Wahh hari ni aku buka je blog , aku tengok dah ada 100 follower aku . Tak sangka ada gak orang nak follow blog aku ni . Dulu , shoutbox aku tu sepi je , entri pun orang tak sudi nak baca dan comment . Sekarang dah meriah sikit , Alhamdulillah .Ta kepada korang yang selalu memberi aku  semangat ye ?


Oklah , meh aku kenal kan siapa follower ke 100 aku Pink Pearl Lady . Kalau nak berkenalan ngan blog beliau silalah ye...menambah kenalan tu kan elok . Tq kepada kalian semua yang sudi menyokong blog aku ni . Tidak lupa juga kepada LM @ Lydia Miza yang banyak beri aku sokongan sejak dari mula buat blog ni lagi . Tq LM ...



Sunday, November 28, 2010
Salam buat semua . Penting ke blog walking dalam dunia blogging ni ? Dulu aku memang tak minat nak bw ni , orang sebut bw pun aku tak tau apa bende tu hahaha . Tapi bila aku tenguk ia banyak mendatangkan faedah bagi blog aku yang baru nak naik ni , aku tertarik nak buat . Dari blog walking la kita nak promote entri kita . Dari situ lah kita nak bagi orang kenal blog kita . 


Kalau blog kita ni dah dikenali takpelah kalau tak mau jalan - jalan . Ni kalau tak jalan siapa nak kenal blog kita , betul tak ? Pada aku dari blog walking juga kita boleh bersahabat sesama blogger . Bila dah rapat , kan senang nak bertukar pendapat dalam dunia blogging ni . Bukan semua benda kita tau , so kalau dah ada kenalan tu boleh la nak minta tolong apa - apa kan .


Korang suka blog walking ke ? kalau suka jenguk - jenguk la ke blog aku ye . aku nibudak baru , banyak lagi yang aku tak tau . Happy blogging semua . 
Saturday, November 27, 2010
Salam buat semua . Moga hari ni kalian ceria selalu . Jom aku nak cerita kat korang apa benda yang lelaki paling tak suka . Kalau korang buat jugak wahai wanita di luar sana..tak lama lagi larilah pasangan  korang tu .


Ok..buka mata luas - luas ok , pastikan benda ni korang tak buat . Jangan cari pasal , nanti tak pasal - pasal pakwe korang cabut lari . Bagi yang dah kawen , tak pasal - pasal suami cari hiburan lain pula akibat bosan ngan perangai kamu .


1. Kejutkan lelaki ajak dia keluar atau dating time dia sedang syok tido . Lelaki memang pantang bab ni .

2.Ajak lelaki teman korang ke butik wanita , at last sehelai pun tak beli , padahal dah berjam duduk belek  situ . haha..aku pernah gak awek aku ajak masuk kat butik tudung . Berjam dia memilih , satu pun tak berkenan..adehhh sabar je la . Selamat ada sofa empuk tuk aku duduk , dah la bulan posa masa tu . Selamat..aku sayang kat dia..hehe . Jgn marah eii sayang..abg cerita je .

3.Ajak tengok filem romantik padahal awal - awal lagi lelaki nak tengok filem perang...hehe..lelaki tak suka kena paksa tau .

4.Teman kan u all pergi majlis yang seorang pun dia tak kenal . Pastu dia kena jadi pak pacak tunggu korang bergosip sambil gelak -gelak ..Awas ye , tengok muka dia bila kamu muncul .

5.Jangan mendesak . Lelaki jadi buntu kalau korang asik desak dengan perkara yang sama bertalu - talu .

6.Tentukan pakaian apa yang harus dia pakai bila keluar dating ngan korang nanti ..arghhh memang lelaki tak suka .

7.Cemburu yang melampau - lampau . Abg kat mana tu? ehh naper ada sore pompuan , pastu u all merajuk bagai nak mati padahal bukan ada apa - apa berlaku pun..


Ok dah dapat apa yang aku nak sampai kan ?
Friday, November 26, 2010
Assalamualaikum semua , korang sihat hari ni ? Dah bekpes ke belum . Aku belasah nasi lemak je hari ni . Aku memang suka makan nasi lemak . Aku rasa kebanyakan orang melayu memang suka nasi lemak kot ? Walau pun ia akan menggemukkan dan berkolesterol .



Bab nasi lemak ni , aku paling suka makan dengan sambal kerang , rendang daging dan telur . Menggunung lauk , haha . Awek aku paling heran kalau dengar aku makan nasi lemak hari-hari . Gi dating ngan dia kat Marrybrown pun aku belasah nasi lemak gak ...Tapi awek aku paling pandai wat nasi lemak kukus..lembut dan sedap..aku bangga lah beb..cheewahhh .


Korang suka nasi lemak ? Meh datang sini ada lebih lagi ni ..siapa nak silalah .


selipar jepun ...nak bagi tahu korang semua selipar aku yg aku pakai ke sana sini selama ni selama dah berapa bln entah aku pun tak ingat dah di kidnapp di masjid plak tu ..huhuhu tragis sungguh sampai aku balik rumah kaki ayam nasib kereta park dekat dengan masjid..

merata jugak lah aku cari selipar jepun aku tu sampai tok imam pun aku tanya de nampak ke tidak selipar jepun aku tu hehehe kelakar kan manalah tok imam tu tahu selipar aku kan...

ermm  tentu rakan-rakan blogger pun pernah melalui pengalaman hilang selipar kat masjid ni kan ...
apa-apa pun aku halal kan aja lah sape yang terambil atau saja nak roket selipar aku tu.

hikmah nya dapat selipar baru tapi kena keluar duit poket la beli selipar adidas mahal la jgk..tp berbaloi-baloi..

1 malaysia....


Salam buat semua . Harap korang sihat di hari Jumaat yang mulia ini . Aku sihat - sihat je , cuma kecederaan otot peha aku ni masih lum pulih lagi . Alah..lelaki memang lah macam tu kan ? sikit je tu , aku kan budak sport . Main bola punya hal la ni..Haha..



Aku angin betul hari ni , baik - baik je aku siap Solat Jumaat , aku cari selipar aku merata tak jumpa - jumpa . Aku memang ingat kat mana aku parking selipar aku tadi , tapi mana lak perginya ? Aiseyy sah -sah selipar aku dah kena rembat . Pelik bin ajaib betul la , dah la baru lepas solat , mencuri pulak ? Grrrr angin aku . Korang pernah kehilangan selipar tak masa gi solat Jumaat ?



Wednesday, November 24, 2010
Assalamualaikum .
Awek cun . aku rasa semua orang nak ada awek cun kan ? Pasti awek di luar sana mana yang ada rupa dan di cop sebagai cun tak pening - pening bab nak cari pakwe atau jodoh . Tak payah petik jari pun , lalu je lelaki dah follow belakang kan ?


Aku pun teringin nak ada awek cun . Nak buat isteri la . Tapi kan...kalau aku pikir - pikir , ada susah juga memiliki awek cun . Kalau aku keluar dating , mamat lain asik melirik pandang awek aku . Perghhh panehhh betul . Bukan aku tak bangga awek aku cun , tapi susah hati gak orang renung awek aku tu sampai nak cair dia tenung..haha .


Lagi satu , awek cun ni kadang - kadang memilih pasangan . Tau lah lawa..mana nak ada pakwe comot kan...Orang ngurat sana sini . Aiiihhhh aku sendiri la , kalau ada awek cun , tak senang duduk aku tau . Korang ada pendapat tentang awek cun ke ?



Tuesday, November 23, 2010
Assalamualaikum...jom kita intai beberapa fakta menarik tentang lelaki . Kepada wanita di luar sana..jom usha ni ..


1.Lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka cantik. sebaliknya diorang lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketrampilan. *perempuan yang kurang cantik di luar sana tak usah risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri anda. pasti meletop di hadapan mata lelaki selepas ni!*

2. Lelaki sangat suka flirts. itu lumrah alam. if perempuan tak boleh nak terima pergi jadi lesbo ok! *sama-sama tak flirt la*

3. Lelaki boleh suka pada perempuan dalam seminit dan boleh jugak tak suka pada perempuan itu seminit kemudian. pernah terjadi macam itu?

4. Lelaki mungkin akan flirting around seharian suntuk. tapi sebelum tidur dia pasti akan berfikir tentang perempuan yang paling dia sayangi. sampai terbawa ke dalam mimpi. percaya la.

5. Lelaki boleh gila bila terkene panahan senyum sang perempuan.

6. Sila jangan cerita pasal ex-boyfriend. Lelaki amat pantang!

7. Bila kaum perempuan memberi message 'you know what?!! ermm. never mind'. akan membuatkan sang lelaki ini berfikiran jauh menyimpang dari apa sebenarnya yang sang perempuan ingin sampaikan.

8. Lelaki benci Gay.

9. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak.

10. Lelaki hanya ada satu nafsu. perempuan ada 9. maksudnya?

Cukup? setuju tak..tak setuju ke?








Thursday, November 11, 2010
  

Assalamualaikum..apa khabar korang semua.Aku harap korang sihat - sihat saja . Sekarang ni dah masuk musim hujan . Hampir setiap hari je hujan.Banyak negeri juga dah banjir . Aku simpati kepada mangsa -mangsa banjir . Moga mereka tabah lalui ujian dari Allah .

Tapi yang aku perasan, bila banjir je ,mesti orang ramai buat pesta air...main -main air . Berkayak, berperahu semua....nampak meriah la sesangat . Takda apa pun aku nak cakap , cuma aku nak pesan je kepada ibu bapa , jaga lah anak kecik tu elok -elok . Kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata . Ramai anak  kecil jadi mangsa bila musim banjir tiba .

Oklah..happy blogging teman -teman....


  
Wednesday, November 10, 2010
Assalamualaikum....apa khabar korang semua . .Aku minta maaf pada korang kerana aku menyepi sampai 2 minggu lamanya . Aku tak balas kunjungan korang . Aku juga tak menjawab sapaan korang . Dalam 2 minggu ni aku tengah pening . Terlalu banyak masalah dan musibah yang melanda diri aku . Aku down  sangat -sangat . Aku harap korang dapat maaf kan aku .

Ok...dalam aku merayau- rayai tadi..aku ada ternampak satu blog yang dinamakan dengan nama aduhhh aku pun pelik juga nama blog dia tu . Boleh je dia letak nama blog macam tu ? Hurmmm aku tak tau lah nak komen apa . Sah-sah nama yang dia letak tu musuh agama...dan dari yang aku lihat , dia seagama dengan aku .Kalau aku sebut..sure korang tau tu blog siapa..malas aku nak sebut . Nanti dia banned IP aku ke ...apa ke..mati aku . 

Cuma yang aku nak ingat - ingat kan korang la...jangan la pakai nama yang menghina agama atau nama yang menampakkan korang tu jahat atau teruk benar...Aku risau lak tengok dia duk ronda-ronda blog walking dan pakai nick nama dia tu..huhu . 

Senang -senang aku lawat korang .


Wednesday, October 27, 2010


Assalamualaikum...gempar hari ni,pasal kematian sotong kurita Paul yang dah mati...Aku pun terkejut gak dengar berita tu.Aku rasa dalam banyak-banyak tukang tilik kat dunia ni..Paul adalah yang paling famous..hehehe


Paul , sotong si tukang tilik ni.. jadi famous lepas berjaya meramal kemenangan Jerman ke atas England dalam salah satu game untuk Piala Dunia baru ni. Kecoh satu dunia bolasepak pasal  sotong Paul ni. Bukan setakat di Jerman dan di internet,  kat Malaysia pun kecoh juga..Hari ni...gempar diberitakan bahawa sotong peramal tu dah mati di dalam akuarium kediamannya. Sebab-sebab mati tak pulak di ceritakan.Memang dah sampai ajal dia kot?





Hari ni aku gi kedai sure tak cari sambal sotong...mana tau..kot2 diorang masak Paul ke..hehehe..kembang tekak aku.



Saturday, October 23, 2010
Assalamualaikum...
Salam ceria dari aku buat semua yang membaca blog aku ni...ermm ntah ada ke tak orang nak baca blog aku yang  baru bertapak ni.Hari ni aku nak sambung cerita pasal kisah awek pink aku ni....Masa dia menyoal aku tanpa belas kasihan..(pada pendapat akulah pada masa tu huhuhu)sebab pada aku dia soal aku macam polis..
Dah la malu giler bila sah-sah dia bukan kawan sama-sama belajar aku dulu.Malu weiii tak tau mana aku nak sorok muka aku.

Tapi dalam kerek-kerek minah pink ni..dia peramah rupanya..Yesss!!! aku yang low profile ni apa lagi..pucuk di cita ulam mendatang.Aku pun borak sakan lah kat awek pink ni.Aku ingat lagi masa aku chat dengan dia tu waktu petang.So aku memang tiap petang selalu beli goreng pisang.Aku pelawa dia makan goreng pisang ,dia pun macam nak je..padahal bukan  dapat pun kan...saja je main2.hehehe.Rupa-rupanya,si awek pink ni pun gemar makan goreng pisang panas macam aku..Cheeewahhh berbunga hati aku.Ada persamaan antara kami.Siap berlakon makan suap-suap lagi masa tu..hahaha.Lawak je kan?tapi memang romantik tau makan suap-suap di alam maya....korang sure tak tau apa yang kami rasa masa tu..hahaha.Lawak jugak..tapi romantik tau.

Malam sambung chat lagi dan akhirnya aku call dia mlm tu jap.ehh lama gak,sebab pkl 4 pagi kami stop borak..hehehe.First day kenal..excited lah kan...nak tau apa jadi esoknyer?tunggu episod yang ke -3 ok?






































































Assalamualaikum...aku nak share ngan korang hikmah berwuduk pada hari ni.Moga kita semua tergolong dalam insan-insan yang beriman dan sentiasa beribadah kepada-Nya..Amin.


1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Assalamualaikum..meh kita hayati kisah ni.Mana tau kot-kot terkena batang hidung kita..hehehe.


Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,



Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo.



 Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!



Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum..
Aku teringin nak share satu kisah.Rasullullah ada menerima beberapa orang tetamu,dan isterinya Saidatina Aisyah pun menghidangkan minuman dan kuih yang dibuatnya sendiri.Rasullullah menjamah kuih tersebut.Para sahabatnya hanya melihat sebagai tanda menghormati Rasullullah,maka mereka memberi laluan kepadanya merasa kuih tersebut terlebih dahulu.

Namun Rasullullah memakan satu demi satu kuih terssebut sehingga habis.Sahabat nya kehairanan dan bertanya,"Ya Rasullullah,adakah terlalu enak kuih itu,sehingga kamu tidak meninggalkan sisa untuk kami?"Maka Rasullullah menjawab,"Inilah kuih yang paling teruk rasanya yang pernah aku rasa dalam hidupku".Sahabat bertanya lagi,"Jika paling teruk,kenapa kamu habiskan?"Jawab Rasullullah,"Aku tidak mahu kamu menikmati kuih yang tidak enak dan teruk rasanya hasil dari air tangan isteriku,jadi biarlah aku seorang yang menikmatinya".

Begitulah sifat terpuji yang Rasul junjungan kita amalkan.Menutup keaiban isterinya.Maka jika anda sayangkan isteri atau kekasih hati,lindungilah kelemahannya dan keburukan nya dari pandangan umum.





Thursday, October 21, 2010
"Phoonk 1 ends with the killing of Madhu, the woman who casts a black magic spell on Rajiv’s daughter Raksha. Phoonk 2 begins with Madhu’s ghost returning from the grave to seek revenge on the family. On bagging a new construction project, Rajiv moves with his family to a new place. Raksha and Rohan begin exploring the new place and the surroundings- the lonely beach and then the woods behind the house. The terror begins with Raksha and Rohan finding a doll in the woods and then it progresses to a series of highly traumatising experiences for the whole family.Manja, the only man whom Rajiv could turn to, meets a gruesome death at the hands of the black magic woman Madhu’s ghost, who has risen from the grave to avenge her own death to seek vengeance on Rajiv, by torturing his loved ones- his wife Arati and their children, Raksha and Rohan." ...
Sebuah citer seram hindustan .. Genre: Horror ... Dikongsikan oleh Jie Azz .. Sila join menggunakan 7zip atau hj-split sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~

selamat menonton
Wednesday, October 20, 2010
"Maya (Kajol) is the perfect mother . Her life revolves around her three children , Aleya (Aanchal Munjal) , Ankush (Nominath Ginsburg) , and Anjali (Diya Sonecha) , who think nothing less than the world of her . Despite being divorced from her husband , Aman (Arjun Rampal) Maya has ensured that everything runs smoothly in her house , under her watch , and that they continue to remain a happy family unit ." ...
Sebuah citer hindustan terbaru ... Genre: Drama | Romance ... Dikongsikan bersama oleh Abg Kus [RMVB Hard-Subbed] & bdkminang [MKV Soft-Subbed] .. Dibintangi Kajol, Arjun Rampal, Kareena Kapoor .. Sila join menggunakan 7zip atau hj-split sebelum play ... ~SELAMAT MENONTON~


sasape nak download clik la link ni free of charge selamat menonton....
Tuesday, October 19, 2010
Assalamualaikum...
Moga korang sihat-sihat dan ceria seperti aku ni..hehehe.

Hari ni aku nak cerita sikit pasal kisah cirit birit.Aku rasa dalam banyak-banyak penyakit..penyakit ni lah yang amat susah kalau terkena kan?Yelah,nak pergi klinik pun kena fikir 5-6 kali,bukan apa..nanti nak memerut kat tengah-tengah jalan kan parah membawa bencana  tu..hahaha.

Korang sure pernah terkena penyakit ni kan..nak sebut pun aku malu hahaha..Kalau kita tengok,.orang tua-tua dulu ada yang suruh minum air rebusan daun jambu batu muda..ada juga petua menyarankan untuk kita meminum teh pekat..

Hari ni aku nak tambah sikit..epal hijau juga amat berkesan dalam merawat cirit-birit.Ia boleh dikisar dan dijadikan jus dan minum terus.Pastikan tanpa gula dan jangan dibuang kulitnya tau.Kisah epal hijau boleh merawat cirit-birit ini ada di tulis oleh Miriam Polunnin di dalam bukunya yang bertajuk Healing Foods.

Apa lagi..cubalah...jangan sampai tertidur dalam toilet tu pula kerana asik ulang alik sepanjang malam..hahah.
Ada petua lain..meh tambah kat sini ye..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat

About Me

My Photo
mohd rosli abd muluk
View my complete profile

Followers

FreshShoutbox

Award Aibaks dari LM

Loading...

Popular Posts

There was an error in this gadget
Powered by Blogger.