Wednesday, October 27, 2010


Assalamualaikum...gempar hari ni,pasal kematian sotong kurita Paul yang dah mati...Aku pun terkejut gak dengar berita tu.Aku rasa dalam banyak-banyak tukang tilik kat dunia ni..Paul adalah yang paling famous..hehehe


Paul , sotong si tukang tilik ni.. jadi famous lepas berjaya meramal kemenangan Jerman ke atas England dalam salah satu game untuk Piala Dunia baru ni. Kecoh satu dunia bolasepak pasal  sotong Paul ni. Bukan setakat di Jerman dan di internet,  kat Malaysia pun kecoh juga..Hari ni...gempar diberitakan bahawa sotong peramal tu dah mati di dalam akuarium kediamannya. Sebab-sebab mati tak pulak di ceritakan.Memang dah sampai ajal dia kot?





Hari ni aku gi kedai sure tak cari sambal sotong...mana tau..kot2 diorang masak Paul ke..hehehe..kembang tekak aku.



Saturday, October 23, 2010
Assalamualaikum...
Salam ceria dari aku buat semua yang membaca blog aku ni...ermm ntah ada ke tak orang nak baca blog aku yang  baru bertapak ni.Hari ni aku nak sambung cerita pasal kisah awek pink aku ni....Masa dia menyoal aku tanpa belas kasihan..(pada pendapat akulah pada masa tu huhuhu)sebab pada aku dia soal aku macam polis..
Dah la malu giler bila sah-sah dia bukan kawan sama-sama belajar aku dulu.Malu weiii tak tau mana aku nak sorok muka aku.

Tapi dalam kerek-kerek minah pink ni..dia peramah rupanya..Yesss!!! aku yang low profile ni apa lagi..pucuk di cita ulam mendatang.Aku pun borak sakan lah kat awek pink ni.Aku ingat lagi masa aku chat dengan dia tu waktu petang.So aku memang tiap petang selalu beli goreng pisang.Aku pelawa dia makan goreng pisang ,dia pun macam nak je..padahal bukan  dapat pun kan...saja je main2.hehehe.Rupa-rupanya,si awek pink ni pun gemar makan goreng pisang panas macam aku..Cheeewahhh berbunga hati aku.Ada persamaan antara kami.Siap berlakon makan suap-suap lagi masa tu..hahaha.Lawak je kan?tapi memang romantik tau makan suap-suap di alam maya....korang sure tak tau apa yang kami rasa masa tu..hahaha.Lawak jugak..tapi romantik tau.

Malam sambung chat lagi dan akhirnya aku call dia mlm tu jap.ehh lama gak,sebab pkl 4 pagi kami stop borak..hehehe.First day kenal..excited lah kan...nak tau apa jadi esoknyer?tunggu episod yang ke -3 ok?






































































Assalamualaikum...aku nak share ngan korang hikmah berwuduk pada hari ni.Moga kita semua tergolong dalam insan-insan yang beriman dan sentiasa beribadah kepada-Nya..Amin.


1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Assalamualaikum..meh kita hayati kisah ni.Mana tau kot-kot terkena batang hidung kita..hehehe.


Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,



Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo.



 Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!



Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum..
Aku teringin nak share satu kisah.Rasullullah ada menerima beberapa orang tetamu,dan isterinya Saidatina Aisyah pun menghidangkan minuman dan kuih yang dibuatnya sendiri.Rasullullah menjamah kuih tersebut.Para sahabatnya hanya melihat sebagai tanda menghormati Rasullullah,maka mereka memberi laluan kepadanya merasa kuih tersebut terlebih dahulu.

Namun Rasullullah memakan satu demi satu kuih terssebut sehingga habis.Sahabat nya kehairanan dan bertanya,"Ya Rasullullah,adakah terlalu enak kuih itu,sehingga kamu tidak meninggalkan sisa untuk kami?"Maka Rasullullah menjawab,"Inilah kuih yang paling teruk rasanya yang pernah aku rasa dalam hidupku".Sahabat bertanya lagi,"Jika paling teruk,kenapa kamu habiskan?"Jawab Rasullullah,"Aku tidak mahu kamu menikmati kuih yang tidak enak dan teruk rasanya hasil dari air tangan isteriku,jadi biarlah aku seorang yang menikmatinya".

Begitulah sifat terpuji yang Rasul junjungan kita amalkan.Menutup keaiban isterinya.Maka jika anda sayangkan isteri atau kekasih hati,lindungilah kelemahannya dan keburukan nya dari pandangan umum.





Thursday, October 21, 2010
"Phoonk 1 ends with the killing of Madhu, the woman who casts a black magic spell on Rajiv’s daughter Raksha. Phoonk 2 begins with Madhu’s ghost returning from the grave to seek revenge on the family. On bagging a new construction project, Rajiv moves with his family to a new place. Raksha and Rohan begin exploring the new place and the surroundings- the lonely beach and then the woods behind the house. The terror begins with Raksha and Rohan finding a doll in the woods and then it progresses to a series of highly traumatising experiences for the whole family.Manja, the only man whom Rajiv could turn to, meets a gruesome death at the hands of the black magic woman Madhu’s ghost, who has risen from the grave to avenge her own death to seek vengeance on Rajiv, by torturing his loved ones- his wife Arati and their children, Raksha and Rohan." ...
Sebuah citer seram hindustan .. Genre: Horror ... Dikongsikan oleh Jie Azz .. Sila join menggunakan 7zip atau hj-split sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~

selamat menonton
Wednesday, October 20, 2010
"Maya (Kajol) is the perfect mother . Her life revolves around her three children , Aleya (Aanchal Munjal) , Ankush (Nominath Ginsburg) , and Anjali (Diya Sonecha) , who think nothing less than the world of her . Despite being divorced from her husband , Aman (Arjun Rampal) Maya has ensured that everything runs smoothly in her house , under her watch , and that they continue to remain a happy family unit ." ...
Sebuah citer hindustan terbaru ... Genre: Drama | Romance ... Dikongsikan bersama oleh Abg Kus [RMVB Hard-Subbed] & bdkminang [MKV Soft-Subbed] .. Dibintangi Kajol, Arjun Rampal, Kareena Kapoor .. Sila join menggunakan 7zip atau hj-split sebelum play ... ~SELAMAT MENONTON~


sasape nak download clik la link ni free of charge selamat menonton....
Tuesday, October 19, 2010
Assalamualaikum...
Moga korang sihat-sihat dan ceria seperti aku ni..hehehe.

Hari ni aku nak cerita sikit pasal kisah cirit birit.Aku rasa dalam banyak-banyak penyakit..penyakit ni lah yang amat susah kalau terkena kan?Yelah,nak pergi klinik pun kena fikir 5-6 kali,bukan apa..nanti nak memerut kat tengah-tengah jalan kan parah membawa bencana  tu..hahaha.

Korang sure pernah terkena penyakit ni kan..nak sebut pun aku malu hahaha..Kalau kita tengok,.orang tua-tua dulu ada yang suruh minum air rebusan daun jambu batu muda..ada juga petua menyarankan untuk kita meminum teh pekat..

Hari ni aku nak tambah sikit..epal hijau juga amat berkesan dalam merawat cirit-birit.Ia boleh dikisar dan dijadikan jus dan minum terus.Pastikan tanpa gula dan jangan dibuang kulitnya tau.Kisah epal hijau boleh merawat cirit-birit ini ada di tulis oleh Miriam Polunnin di dalam bukunya yang bertajuk Healing Foods.

Apa lagi..cubalah...jangan sampai tertidur dalam toilet tu pula kerana asik ulang alik sepanjang malam..hahah.
Ada petua lain..meh tambah kat sini ye..








Assalamualaikum...Salam ceria buat semua.
Hari ni aku nak buat entri pertama untuk blog aku..Hahaha.Mesti korang nak kata aku jiwang karat.Lantak la korang nak kata apa.cuma kat sini aku nak merakamkan kenangan percintaan aku dan Si Dia yang bertakhta di hati aku ni.Si dia yang aku sayang ni memang suka sesangat la memakai baju pink.Siap tudung2 sekali pink.(awek aku pakai tudung ok?)ok....kita sambung!

Sebenarnyer,percintaan aku dan Si Dia ni bermula dari kisah cinta di alam maya...Sure korang gelakkan aku kan..nak kata cinta cyber tak bertahan lama,nak kata kena tipu dengan cinta facebook..apa saja korang kata lah.Aku tak kisah.Tapi,yang pasti perkenalan aku dengan awek pink aku ni,adalah akibat aku tersalah add dia di Facebook.

Bila aku add saja,dia pun terus comfirmkan.Aku pernah ternampak dia comment gambar teman sama-sama belajar aku dulu,so..aku pikir awek pink tu kalau tak senior aku..sure junior aku...aku pun tanpa lengah lagi,terus mengadd dia(ehh betul ke perkataan aku tu?)Nak di jadikan cerita,masa aku tengah online facebook,awek pink ni pun online sama."Pup"..message masuk..dia bagi salam..Buat pengetahuan korang dia pakai tudung pink jugak dalam facebook tu.Hahaha...Awek aku memang macam pink phanter..aku bagi dia gelaran tu...dia pun tak marah aku panggil dia macam tu.Aku add dia pun sebab terpikat dengan wajah sweet dia berpakaian pink kot..hehehe.Entah ler.

Ok..aku dah melalut jauh,bila dia nak ajak chat,aku pulak memang tengah busy yang teramat sangat.Aku tak dapat lah balas message-message awek pink tu.Dia Pasti ingat aku sombong..huhuhu.Siap je kerja yang melambak..aku pun mula chat dengan si dia.Berbalas salam..dan soalan yang aku paling tak tahan,dia tanya aku.."Kita ni kenal ke?"perghhh malu beb.Apa aku nak jawab.Dia tak kenal aku.Kerek giler soalan dia bagi kat aku.Aku sebut nama kawan lelaki aku..dia tak kenal..aku kata aku add dia dari kawan pompuan aku pun..dia tak kenal.Sah aku dah terkena...adakah awek pink yang aku add ni jual mahal ,kerek dan terus bagi salam sebab dia tak kenal aku????

Tunggu episod 2( u pink in my heart) dari aku....


Tips nak mengurat dari aku:
1.Selamba badak je..beranikan diri,dari pada melepas,lebih baik cuba dulukan.
2.Tunjuk macho dan tak gelabah bila si dia soal korang mcm polis atau macam pegawai imigresen.
3.Tunjuk yang korang amat-amat berminat nak kenal dengan dia.


Yang lain nanti aku bagi kemudian ye?









Monday, October 18, 2010
salam perkenalan pada semua ,tujuan aku buat blog ni adalah berkongsi pengalaman ,rasa suka dan duka dan liku kehidupan aku untuk meniti kehidupan yang indah serta mencabar ini
adakah aku berjaya melalui nya dengan lancar dan sukses ataupun sebaliknya.iayalah kita hanya merancang tapi Yang Maha Esa jua yang menentukan..tapi kita kena berusaha ermm bak kata pepatah lama kalau x di pecah kan ruyung manakan dapat sagunya..so sape yang sudi follow jom sama2 ikuti perjalanan hidup dan drama hidup aku ..............
wasalam .............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat

About Me

My Photo
mohd rosli abd muluk
View my complete profile

Followers

FreshShoutbox

Award Aibaks dari LM

Loading...

Popular Posts

There was an error in this gadget
Powered by Blogger.