Monday, December 13, 2010





Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah tak da pompuan bujang ker ? Hehe...perkara ni dah jadi kebiasaan . Sebenarnya kalau di perhatikan , walau pun mereka bukan nak ajak wanita tu bercinta , tapi mereka still admire kat wanita tu kan..memuji dalam hati pun jadilah yek ???


Persoalannyer ...kenapa perkara tersebut semakin berlaku dalam kehidupan kita . Adakah isteri orang tu terlalu menggoda sehingga kita anak teruna ni tergoda ? Atau pun mata lelaki memandang wanita dah berkahwin ni lebih cun dan mengancam . Dan akhirnya si dia mengancam nafsu kita lelaki bujang ni ? haha...


Dari pemerhatian aku..kalau nak kata wanita dah berkahwin ni cun..yang belum berkahwin pun ada ramai yang cun..bergetah , seksi meksi..apa je..semua ada...Tapi biasanya wanita yang dah berkahwin ni , mereka menjaga badan , makan jamu , makan suppliment tuk kelihatan sihat..al -maklum lah orang dah berkahwin..dah beranak pinak..kena lah jaga badan kan . Kalau  anak dara..ais pun hentam je..jarang juga kita jumpa isteri orang minum ais..bagi yang jaga body lah kan..


So..dari penjagaan rapi tu lah kot yang membuatkan ramai lelaki bujang terpesona dengan wanita yang dah berkahwin . Pada pandangan aku , sikap wanita muda yang tergedik - gedik dah dah hilang sifat ketimuran juga membuatkan selera lelaki bujang dah tawar terhadap mereka kot...entah la . Itu cuma pendapat aku , tapi mana leh ambek hak orang kan..dia telah berpunya..pandang dari jauh leh la kan ? hehe...pandang - pandang boleh..pegang - pegang jangan..keh keh keh .



4 comments:

fyda razak said...

masing2 kena jga batas masing2 laa.

Encik MamaT said...

hehe... maghribi.. baik punya... rm14k je...

betol ke bro.. tak prasan lak aku.. yang aku prasan.. sekarang ni ramai je wanita kahwin ngan orang yang lebih umur... sebab senang... semua dah ada... ada yang sanggup bermadu.. janji dapat duit.. hehe.. itu jenis mata duitan kot no...

amimarz said...

ppuan bujang pulak ramai yg suka kat suami orang...camne tu...huhuhu

cuba bujang pandang yg bujang..baru lah aman rumahtangga semua orang..betul tak?

Wahida Nasution Thakhrim said...

mungkin sifat keibuan yang nyata buat lelaki bujang suka isteri orang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat

About Me

My Photo
mohd rosli abd muluk
View my complete profile

Followers

FreshShoutbox

Award Aibaks dari LM

Loading...

Popular Posts

There was an error in this gadget
Powered by Blogger.