Tuesday, January 25, 2011
Salam buat semua...apa khabar hari ni ? Dalam sejarah entri aku semalam ada orang komen . Biasanya nak dapat 2-3 orang pun susah beb . Ishh makin bersemangat lak aku ni sekarang . Terima kasih kerana bagi sokongan kepada blog aku .
Owh ya..aku nak cerita sikit , satu benda yang aku tak perasan selama ni . Aku dah buang dah verification woard kat ruang komen aku , tapi aku agak pelik kenapa tak ramai nak komen entri aku . Aku macam tersedar dari lamunan bila sahabat blogging aku encik mamat bagi pendapatnya
maxi.. kau guna pop up window utk komen.. senang sikit orang nak komen
Baru aku perasan...bila ruang komen aku macam sekarang , mungkin agak menyukarkan kepada mereka yang mempunyai kelembapan internet untuk komen entri aku kerana sangat lambat untuk tunggu loading ke ruang komen . Apa pun terima kasih atas pandangan encik mamat . aku rasa terharu lak walau susah nak komen..dia kerap komen entri aku yang bukan best sangat pun . Tq yer...
Monday, January 24, 2011
Salam buat semua..alamak dah bersawang dah blog aku ni . Lama sangat dah tak berupdate . Semalam aku slow - slow blogwalking...aku tengok hot juga isu follow memolow ni . Aku tengok isu ni ramai yang dibangkitkan oleh blogger lama .
Sebenarnye...aku yang ni pun blogger baru . Baru je nak bertatih..Jika tiada yang baru , mana nak dapat yang lama kan ? Tapi , aku pun ada agak pelik gak ngan kebanyakan blogger lama marah la pula jika kita yang baru ni minta mereka follow . Tapi , ikut pengalaman aku lah , jika aku dah follow mereka , aku cuma tulis dah follow je , dan undang mereka datang blog aku . Terserah la nak follow ke tidak blog aku yang tak best ni kan ? Sedih je la pulak ayat aku ni ..huhu .
Kepada blogger baru...kuatkan keazaman untuk berjaya . Kepada otai..bantulah kami..huhu .
Thursday, January 6, 2011
Salam buat semua...pernah ke wahai lelaki di luar sana rasa berdebar bila jumpa wanita cantik ? Pasti korang nak gelak dengan tajuk aku ni kan ? Ala..relaks la..aku pun bukan leh lebih2 sangat...tak pasal - pasal kena tarik telinga ngan awek aku jap lagi nih..haha .
Aku sebenarnya pernah ternampak..ada orang buat status berdebar - debar bila jumpa pompuan cantik . La...sampai cam tu sekali ke ? haha..sebenarnya , hampir semua lelaki akan rasa macam tu bila jumpa perempuan cantik . Pada aku itu lumrah la....macam perempuan gak..pasti rasa nak pengsan bila berdepan dengan lelaki kacak gak kan ? hehe .
Apa pun...pada aku...kita kena lah kacau diri tu . Jangan sampai nampak sangat berdebar dan gelabah nyer kan ? malu weii kalau perempuan tu tau korang tak keruan akibat diri mereka..hehe . Lebih - lebih lagi kalau korang ada ngan awek korang..sure korang akan kena cubit punya kalau toleh lebih - lebih kan ?
Aku rasa nak tergelak juga bila aku pernah terdengar ada yang kata , rasa macam terpijak tahi ayam je bila berdepan dengan wanita cantik ni..rasa tak keruan..serba tak kena..gelabah semacam . Wahh hebatnyer wanita cantik ni kan ? boleh bikin hati gundah gulana gitu . hahaha..Kepada wanita cantik...jaga lah diri elok - elok , jangan salah guna kecantikan yang Allah anugerahkan kepada kalian tu ...wallahualam .

Salam buat korang semua...kehadiran tahun baru ni melahirkan ramai blogger baru . Aku tengok ramai sangat yang muncul dengan blog yang canggih manggih .... syabas semua . Apa pun , Azam aku tahun baru ni untuk aku memperbaiki mutu entri aku untuk tatapan korang semua . Moga korang mendapat sesuatu info dan kebaikan dari entri yang aku persembahkan untuk korang baca .
Kepada mereka yang baru pertama kali hadir ke sini...selamat datang aku ucapkan . Salam kenal dan datang - datang lah selalu memeriakan blog aku ni . aku amat hargai setiap komen yang korang tinggalkan buat semua entri aku . Semua komen korang buat aku lebih bersemanagt untuk menulis dan terus menulis. Moga kita semua dapat sesuatu kebaikan dari apa yang aku cuba kongsikan dengan korang semua . Happy blogging semua .
Sunday, January 2, 2011
Salam buat semua...sihat ke ? aku kurang rancak blogwalking sejak seminggu ni . Banyak urusan nak kena settle . Peninggggg . Adoiii tak tau mana nak sambar dulu tau . Mood aku pun ke laut je ni...rasa nak telan orang pun ada kadang - kadang tu .
Biasanya bila awal tahun cam ni kita pasang azam . So macam biasa akau nak pasang enjin turbo nak pecut laju sikit . Hurmmm sampai semua tak terkejar ...semua aku nak capai . Aduhh . Betul gak kata buah hati aku , kena grab satu - satu , kalau tak mesti semua tak menjadi . hidup ni tak boleh tamak . Terkena batang hidung aku bila dia bebel cam tu .
Apa pun..memang aku tengah pening sekarang ni . Duit mengalir macam air sungai..laju je..huk huk huk . Semua benda nak pakai duit . Ishh mencabar kesabaran betul la . Apa pun aku harap apa saja yang aku impikan jadi kenyataan dan akan berjaya akhirnya ...Amin . Korang pun moga berjaya juga ye ?
Friday, December 31, 2010
Salam buat semua...Alhamdulillah tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya . Dengan munculnya tahun baru 2011 aku harap ia akan memberikan nafas baru buat aka dan korang semua juga . Moga kita akan terus maju di dalam apa jua bidang yang kita ceburi .
Peribadi .
Bagi perjalanan hidup aku...aku mengharapkan agar akan segera mempunyai meneman buat diri ini . Siapa tak mau berkeluarga beb..umur dah nak ke angka 30 ni , moga kisah cinta aku dan si dia menuju ke menara yang kami harapkan..Amin.
Kerjaya.
Bagi perjalanan perniagaan aku pula..aku mengharapkan ia akan lebih maju dan terus berkembang . Moga pahit maung pengalaman lalu mematangkan aku untuk terus mengorak kejayaan yang lebih cemerlang buat perniagaan aku nanti .
Blog.
Alhamdulillah...blog sempoi picisan ni dah mencapai 186 follower setakat ni..Aku amat - amat bersyukur ada juga orang yang nak singgah ke blog aku ni . Moga blog aku akan terus maju dari sehari ke sehari ..Amin .
Percintaan.
Haha...bab yang rumit kan..tapi aku mengharapkan percintaan aku dan si dia akan berjaya menuju ka gerbang yang kami impikan . Terlalu banyak dugaan dan halangan..namun kami yakin cinta kami akan bersatu..itu pasti . Insya Allah.
Nota kaki:Selamat tahun baru semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Unknown
Followers
FreshShoutbox
Blog Archive
My Blog List
-
Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?52 minutes ago
-
Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua7 years ago
-
-
klik jangan x klik ye kengkawan14 years ago
Popular Posts
-
Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah...
-
"Phoonk 1 ends with the killing of Madhu, the woman who casts a black magic spell on Rajiv’s daughter Raksha. Phoonk 2 begins with Madh...
-
Salam buat semua...pernah ke wahai lelaki di luar sana rasa berdebar bila jumpa wanita cantik ? Pasti korang nak gelak dengan tajuk aku ni k...
-
Assalamualaikum..meh kita hayati kisah ni.Mana tau kot-kot terkena batang hidung kita..hehehe. Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmar...
-
http://adfoc.us/244931
-
Salam buat semua....korang sihat ? aku busy yang teramat sangat la sekarang ni . Terkejar - kejar je rasa . Korang kenal cikgu shida? Ci...
-
Salam buat semua...aku dah buat dah pop up window untuk ruang komen entri aku . Aku harap akan memudahkan korang untuk datang komen . Apa pu...
-
Salam buat semua ....Kes pembuangan bayi sekarang ni dah jadi macam kes buang anak kucing , bezanya ...anak kucing orang buang hidup - h...
-
Salam buat semua ...sihat ke? Aku ronda - ronda blogwalking aku terjumpa banyak blog sibuk menceritakan kisah seorang blogger yang kena sama...
-
Saya tinggal di Pantai Remis , Perak dan bekerja sendiri . Saya masih bujang dan berwawasan tinggi . Sangat kuat semangat serta punyai mat...
Powered by Blogger.

