Friday, December 31, 2010
Salam buat semua...Alhamdulillah tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya . Dengan munculnya tahun baru 2011 aku harap ia akan memberikan nafas baru buat aka dan korang semua juga . Moga kita akan terus maju di dalam apa jua bidang yang kita ceburi .


Peribadi .
Bagi perjalanan hidup aku...aku mengharapkan agar akan segera mempunyai meneman buat diri ini . Siapa tak mau berkeluarga beb..umur dah nak ke angka 30 ni , moga kisah cinta aku dan si dia menuju ke menara yang kami harapkan..Amin.

Kerjaya.
Bagi perjalanan perniagaan aku pula..aku mengharapkan ia akan lebih maju dan terus berkembang . Moga pahit maung pengalaman lalu mematangkan aku untuk terus mengorak kejayaan yang lebih cemerlang buat perniagaan aku nanti .

Blog.
Alhamdulillah...blog sempoi picisan ni dah mencapai 186 follower setakat ni..Aku amat - amat bersyukur ada juga orang yang nak singgah ke blog aku ni . Moga blog aku akan terus maju dari sehari ke sehari ..Amin .

Percintaan.
Haha...bab yang rumit kan..tapi aku mengharapkan percintaan aku dan si dia akan berjaya menuju ka gerbang yang kami impikan . Terlalu banyak dugaan dan halangan..namun kami yakin cinta kami akan bersatu..itu pasti . Insya Allah.

Nota kaki:Selamat tahun baru semua...


Wednesday, December 29, 2010




Salam buat semua . Lega aku rasa bila kemenagan permainan bola sepak semalam perpihak kepada pasukan kita . Bukan apa , cuma aku harap kemenangan tersebut dapat meredakan tomahan dan cacian penduduk indinesia terhadap rakyat negara kita .




Ramai yang kena caci dan hina dengan kata - kata kesat oleh warga negara dari indonesia . Entah kenapa mereka suka cari gaduh aku pun tak paham . Semangat kesukanan perlulah ada...bukan semangat nak cari gaduh je . Apa pun aku bersyukur semuanya selamat dan tiada pertumpahan darah yang berlaku semalam . Tapu memang ada kekasaran yang mereka lakukan dengan membaling banner dan botool kepada penyokong dari Malaysia . 


Kata orang...jangan layan orang gila...nanti kita pun jadi sama gila . Tahniah aku ucapkan kepada semua pemain , juru latih dan penyokong semua . Ini kejayaan kita semua . Tahniah Malaysia .


Saturday, December 25, 2010
BEN ASHAARI

Saya tinggal di Pantai Remis , Perak dan bekerja sendiri . Saya masih bujang dan berwawasan tinggi . Sangat kuat semangat serta punyai matlamat diri untuk berjaya . Saya menjadi blogger hanya untuk berkongsi suka duka perjalanan kehidupan bersama rakan- rakan semua . Moga apa yang saya kongsikan menjadi tauladan dan pengajaran buat mereka yang singgah di blog ini .

Itu je..harap - harap tersenarai..hehe





Tuesday, December 21, 2010




Salam buat semua ....Kes pembuangan bayi sekarang ni dah jadi macam kes buang anak kucing , bezanya ...anak kucing orang buang hidup - hidup tapi bayi bayak yang di temui mati .

Aku jadi marah bila baca banyak kes pembuangan bayi . Entah bila kes ni nak selesai . Semakin hari semakin banyak bayi yang di temui dibuang di tempat pembuangan sampai dan sebagainya . Kalau dah buat dosa tu tak pikir ke akan ngandung ? Dah la buat dosa...bila dah ngandung buang baby merata - rata sebab takut malu . Kes buang bayi ni biasanya anak melayu lah kan..sebab nak tutup malu...so dah beranak buang je merata - rata . Sedih bila tengok gambar bayi comel yang tak berdosa dibuang merata - rata .
Korang rasa ada tak penyelesaian untuk tangani masalah ni ? Pada aku negara maju pun tak guna...selagi pemikiran rakyat jadi semakin zalim dan bersikap seperti zaman jahiliah . Fikir fikir kan lah .
Salam semua..aku nak sertai bloglist IR ni . Tq coz LM tag aku .


1.Aku memang dah follow blog dia .


2.Entri tajuk ni .


3.Aku si jejaka


4.Blog IR adalah blog yang memberi info terkini .


5.Aku suka baca tentang tips berblogging


6.Aku nak tag


Pija
krole
fizzo

TQ semua .

Sunday, December 19, 2010

Salam buat semua...Lama aku menyepi , aduhh memang busy lately ni , maaf yer . Apa yang aku nak ajak korang kongsi hari ni adalah pasal satu isu ni . Korang yang perempuan tu....naper ekk ? Korang ni suker je cerita pasal ex pakwe korang kat kita orang lelaki ni . Sabar lelaki ada batasnyer tau . Tapi kami buat muka toya jer..tak kan nak naik angin kan ?


Aku memang pelik tau . Apalah guna jika korang cerita pasal bekas pakwe korang yang macho , bulu dada tebal dan bla bla bla . Kami lelaki ni tak minat pun nak dengar...Pada aku , jika kita dah berpisah , buka buku baru . Tak yah nak kenang semua yang dah lepas . Sebenarnya , benda remeh macam ni lah yang  akan merenggangkan  hubungan sesama pasangan tau . Jangan sakiti hati pasangan korang ngan cerita kosong tu . Hargai detik bersama..itu yang penting .


Nota kaki : Jika kita nak orang hormati perasaan kita...kita perlu lakukan perkara yang sama .
Monday, December 13, 2010





Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah tak da pompuan bujang ker ? Hehe...perkara ni dah jadi kebiasaan . Sebenarnya kalau di perhatikan , walau pun mereka bukan nak ajak wanita tu bercinta , tapi mereka still admire kat wanita tu kan..memuji dalam hati pun jadilah yek ???


Persoalannyer ...kenapa perkara tersebut semakin berlaku dalam kehidupan kita . Adakah isteri orang tu terlalu menggoda sehingga kita anak teruna ni tergoda ? Atau pun mata lelaki memandang wanita dah berkahwin ni lebih cun dan mengancam . Dan akhirnya si dia mengancam nafsu kita lelaki bujang ni ? haha...


Dari pemerhatian aku..kalau nak kata wanita dah berkahwin ni cun..yang belum berkahwin pun ada ramai yang cun..bergetah , seksi meksi..apa je..semua ada...Tapi biasanya wanita yang dah berkahwin ni , mereka menjaga badan , makan jamu , makan suppliment tuk kelihatan sihat..al -maklum lah orang dah berkahwin..dah beranak pinak..kena lah jaga badan kan . Kalau  anak dara..ais pun hentam je..jarang juga kita jumpa isteri orang minum ais..bagi yang jaga body lah kan..


So..dari penjagaan rapi tu lah kot yang membuatkan ramai lelaki bujang terpesona dengan wanita yang dah berkahwin . Pada pandangan aku , sikap wanita muda yang tergedik - gedik dah dah hilang sifat ketimuran juga membuatkan selera lelaki bujang dah tawar terhadap mereka kot...entah la . Itu cuma pendapat aku , tapi mana leh ambek hak orang kan..dia telah berpunya..pandang dari jauh leh la kan ? hehe...pandang - pandang boleh..pegang - pegang jangan..keh keh keh .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat

About Me

Followers

FreshShoutbox

Award Aibaks dari LM

Popular Posts

Powered by Blogger.