Saturday, January 29, 2011




Salam buat semua....korang sihat ? aku busy yang teramat sangat la sekarang ni . Terkejar - kejar je rasa . Korang kenal cikgu shida? Cikgu yang terkenal dengan video miming dia tu ? Ramai dulu yang ingat dia lelaki . Dia memang perempuan ok ? 


Pelbagai reaksi dari muncul bila menyaksikan video cikgu shida . Ada yang terhibur , ada juga yang mencemuh . Pada aku...selagi cikgu shida tidak melangggar etika ...masih ok kot . Lagi pun semua video dia menghiburkan . Ada yang kata cikgu shida tertekan kerana baru putus tunang , kerana itulah dia bertindak begitu .


Apa pun...doakan dia tabah melalui semua dugaan . Sekarang dah ada blog , so siapa yang minat nak tengok telatah cikgu shidah boleh la klik sini untuk jenguk blog cikgu shida .

Nota kaki:Aku pun kalau ada peminat nak juga buat video klip..agak - agak ada tak orang nak tonton?
Friday, January 28, 2011
Salam buat semua ...sihat ke? Aku ronda - ronda blogwalking aku terjumpa banyak blog sibuk menceritakan kisah seorang blogger yang kena saman 6 juta oleh restoran makan terkemuka .


Aku macam tak percaya yang blogger tu kena saman 6 juta akibat entri yang dia tulis berkenaan kisah kari ikan tu..huhu . Gila nak cari 6 juta kat mana ? 6 ribu pun dah pening beb!


Aku pun tak berniat nak tulis berjela entri ni , cuma...pada aku kalau kita nak buat entri kenalah lebih berhati - hati lepas ni . Kalau boleh jangan usik lubang hidung orang . Pasti kita semula yang kena lepas tu . Nak terlalu jujur pun tak boleh dah sekarang ni...bahaya...nanti diri sendiri pula terkena . Tak sedap pun kena diam -dian je ye ? Haishh gerun ooo nak buat entri lepas ni . Aku akan lebih berhati - hati kalau nak buat entri . Zaman sekarang ni sikit - sikit saman . Sangat - sangat takut bila semuanya main duit .


Ok lah..itu je kot aku nak sembang hari ni ngan korang semua . Korang pernah buat entri hot juga ke ? jangan wat pasal lepas ni ok !


Nota kaki : Tapi kalau blog aku tak best..korang bagi tau la..aku akan perbaiki lagi lepas ni...aku ni kan blogger baru .
BEN ASHAARI

Salam semua..aku nak masuk blog list Ben Ashaari untuk kali ni . Harap - harap di terima .

Buat masa sekarang ni aku cuma mampu update entri dalam 1-2 kali saja sehari . Ikut kemampuan dan masa yang aku ada. Almaklum lah..aku ni busy sangat dengan kerja .

Aku minat nak join bloglist BA ni sebab ak promosikan blog aku yang baru ni kepada semua pembaca yang singgah ke blog BA . Kiranya..nak tumpang populariti BA lah ni..haha .

Jika blog aku popular..aku nak bantu blogger baru macam BA bantu kami . Aku rasa memang sakit nak bangun semasa mula berblogging , so bantuan dari blogger lama amat diperlukan .

Apa pun...tq BA dan  juga kepada rakan - rakan yang sering menziarahi blog aku ni.
Thursday, January 27, 2011
Salam buat semua...aku dah buat dah pop up window untuk ruang komen entri aku . Aku harap akan memudahkan korang untuk datang komen . Apa pun tq aku ucapkan kepada encik mamat atas toturial dia tu . Wahh memang amat membantu kepada blogger baru cam aku dan semua yang lain .


Aku tak terpkikir yang runag komen aku tu menyusahkan orang . Apa pun..walau susah mana pun dulu , terima kasih aku ucapkan kepada rakan yang rajin datang komen ke sini walau pun dulu mereka kena isi verificatoin semua tu . Tq semua.


Kepada mereka yang nak buat pop up window gak..leh la pergi ke blog encik mamat . Di sana dia ada buat toturial...Ok sekarang dah mudah kan korang nak komen , aku wat entri..korang tak komen siap korang  , aku bom blog korang.


Tuesday, January 25, 2011




Salam buat semua...apa khabar hari ni ? Dalam sejarah entri aku semalam ada orang komen . Biasanya nak dapat 2-3 orang pun susah beb . Ishh makin bersemangat lak aku ni sekarang . Terima kasih kerana bagi sokongan kepada blog aku .

Owh ya..aku nak cerita sikit , satu benda yang aku tak perasan selama ni . Aku dah buang dah verification woard kat ruang komen aku , tapi aku agak pelik kenapa tak ramai nak komen entri aku . Aku macam tersedar dari lamunan bila sahabat blogging aku encik mamat bagi pendapatnya 

maxi.. kau guna pop up window utk komen.. senang sikit orang nak komen

Baru aku perasan...bila ruang komen aku macam sekarang , mungkin agak menyukarkan kepada mereka yang mempunyai kelembapan internet untuk komen entri aku kerana sangat lambat untuk tunggu loading ke ruang komen . Apa pun terima kasih atas pandangan encik mamat . aku rasa terharu lak walau susah nak komen..dia kerap komen entri aku yang bukan best sangat pun . Tq yer...


Monday, January 24, 2011




Salam buat semua..alamak dah bersawang dah blog aku ni . Lama sangat dah tak berupdate . Semalam aku slow - slow blogwalking...aku tengok hot juga isu follow memolow ni . Aku tengok isu ni ramai yang dibangkitkan oleh blogger lama . 


Sebenarnye...aku yang ni pun blogger baru . Baru je nak bertatih..Jika tiada yang baru , mana nak dapat yang lama kan ? Tapi , aku pun ada agak pelik gak ngan kebanyakan blogger lama marah la pula jika kita yang baru ni minta mereka follow . Tapi , ikut pengalaman aku lah , jika aku dah follow mereka , aku cuma tulis dah follow je , dan undang mereka datang blog aku . Terserah la nak follow ke tidak blog aku yang tak best ni kan ? Sedih je la pulak ayat aku ni ..huhu .


Kepada blogger baru...kuatkan keazaman untuk berjaya . Kepada otai..bantulah kami..huhu .



Friday, January 21, 2011
Salam semua...saya nak join segmen baru BA ni..


BEN ASHAARI

BA ada buat segmen Jom Gegar Blog yang akan mengumpulkan beratus blog dalam segmen ni....so...jom sama2 join.




Thursday, January 6, 2011
Salam buat semua...pernah ke wahai lelaki di luar sana rasa berdebar bila jumpa wanita cantik ? Pasti korang nak gelak dengan tajuk aku ni kan ? Ala..relaks la..aku pun bukan leh lebih2 sangat...tak pasal - pasal kena tarik telinga ngan awek aku jap lagi nih..haha .


Aku sebenarnya pernah ternampak..ada orang buat status berdebar - debar bila jumpa pompuan cantik . La...sampai cam tu sekali ke ? haha..sebenarnya , hampir semua lelaki akan rasa macam tu bila jumpa perempuan cantik . Pada aku itu lumrah la....macam perempuan gak..pasti rasa nak pengsan bila berdepan dengan lelaki kacak gak kan ? hehe .


Apa pun...pada aku...kita kena lah kacau diri tu . Jangan sampai nampak sangat berdebar dan gelabah nyer kan ? malu weii kalau perempuan tu tau korang tak keruan akibat diri mereka..hehe . Lebih - lebih lagi kalau korang ada ngan awek korang..sure korang akan kena cubit punya kalau toleh lebih - lebih kan ?


Aku rasa nak tergelak juga bila aku pernah terdengar ada yang kata , rasa macam terpijak tahi ayam je bila berdepan dengan wanita cantik ni..rasa tak keruan..serba tak kena..gelabah semacam . Wahh hebatnyer wanita cantik ni kan ? boleh bikin hati gundah gulana gitu . hahaha..Kepada wanita cantik...jaga lah diri elok - elok , jangan salah guna kecantikan yang Allah anugerahkan kepada kalian tu ...wallahualam .

BEN ASHAARI

Salam buat korang semua...kehadiran tahun baru ni melahirkan ramai blogger baru . Aku tengok ramai sangat yang muncul dengan blog yang canggih manggih .... syabas semua . Apa pun , Azam aku tahun baru ni untuk aku memperbaiki mutu entri aku untuk tatapan korang semua . Moga korang mendapat sesuatu info dan kebaikan dari entri yang aku persembahkan untuk korang baca .


Kepada mereka yang baru pertama kali hadir ke sini...selamat datang aku ucapkan . Salam kenal dan datang - datang lah selalu memeriakan blog aku ni . aku amat hargai setiap komen yang korang tinggalkan buat semua entri aku . Semua komen korang buat aku lebih bersemanagt untuk menulis dan terus menulis. Moga kita semua dapat sesuatu kebaikan dari apa yang aku cuba kongsikan dengan korang semua . Happy blogging semua .


Sunday, January 2, 2011
Salam buat semua...sihat ke ? aku kurang rancak blogwalking sejak seminggu ni . Banyak urusan nak kena settle . Peninggggg . Adoiii tak tau mana nak sambar dulu tau . Mood aku pun ke laut je ni...rasa nak telan orang pun ada kadang - kadang tu .


Biasanya bila awal tahun cam ni kita pasang azam . So macam biasa akau nak pasang enjin turbo nak pecut laju sikit . Hurmmm sampai semua tak terkejar ...semua aku nak capai . Aduhh . Betul gak kata buah hati aku , kena grab satu - satu , kalau tak mesti semua tak menjadi . hidup ni tak boleh tamak . Terkena batang hidung aku bila dia bebel cam tu .


Apa pun..memang aku tengah pening sekarang ni . Duit mengalir macam air sungai..laju je..huk huk huk . Semua benda nak pakai duit . Ishh mencabar kesabaran betul la . Apa pun aku harap apa saja yang aku impikan jadi kenyataan dan akan berjaya akhirnya ...Amin . Korang pun moga berjaya juga ye ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat

About Me

Followers

FreshShoutbox

Award Aibaks dari LM

Popular Posts

Powered by Blogger.