Friday, December 31, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua...Alhamdulillah tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya . Dengan munculnya tahun baru 2011 aku harap ia akan memberikan nafas baru buat aka dan korang semua juga . Moga kita akan terus maju di dalam apa jua bidang yang kita ceburi .
Peribadi .
Bagi perjalanan hidup aku...aku mengharapkan agar akan segera mempunyai meneman buat diri ini . Siapa tak mau berkeluarga beb..umur dah nak ke angka 30 ni , moga kisah cinta aku dan si dia menuju ke menara yang kami harapkan..Amin.
Kerjaya.
Bagi perjalanan perniagaan aku pula..aku mengharapkan ia akan lebih maju dan terus berkembang . Moga pahit maung pengalaman lalu mematangkan aku untuk terus mengorak kejayaan yang lebih cemerlang buat perniagaan aku nanti .
Blog.
Alhamdulillah...blog sempoi picisan ni dah mencapai 186 follower setakat ni..Aku amat - amat bersyukur ada juga orang yang nak singgah ke blog aku ni . Moga blog aku akan terus maju dari sehari ke sehari ..Amin .
Percintaan.
Haha...bab yang rumit kan..tapi aku mengharapkan percintaan aku dan si dia akan berjaya menuju ka gerbang yang kami impikan . Terlalu banyak dugaan dan halangan..namun kami yakin cinta kami akan bersatu..itu pasti . Insya Allah.
Nota kaki:Selamat tahun baru semua...
Wednesday, December 29, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua . Lega aku rasa bila kemenagan permainan bola sepak semalam perpihak kepada pasukan kita . Bukan apa , cuma aku harap kemenangan tersebut dapat meredakan tomahan dan cacian penduduk indinesia terhadap rakyat negara kita .
Ramai yang kena caci dan hina dengan kata - kata kesat oleh warga negara dari indonesia . Entah kenapa mereka suka cari gaduh aku pun tak paham . Semangat kesukanan perlulah ada...bukan semangat nak cari gaduh je . Apa pun aku bersyukur semuanya selamat dan tiada pertumpahan darah yang berlaku semalam . Tapu memang ada kekasaran yang mereka lakukan dengan membaling banner dan botool kepada penyokong dari Malaysia .
Kata orang...jangan layan orang gila...nanti kita pun jadi sama gila . Tahniah aku ucapkan kepada semua pemain , juru latih dan penyokong semua . Ini kejayaan kita semua . Tahniah Malaysia .
Labels:
info
|
2
comments
Saturday, December 25, 2010
Posted by
Unknown
Saya tinggal di Pantai Remis , Perak dan bekerja sendiri . Saya masih bujang dan berwawasan tinggi . Sangat kuat semangat serta punyai matlamat diri untuk berjaya . Saya menjadi blogger hanya untuk berkongsi suka duka perjalanan kehidupan bersama rakan- rakan semua . Moga apa yang saya kongsikan menjadi tauladan dan pengajaran buat mereka yang singgah di blog ini .
Itu je..harap - harap tersenarai..hehe
Labels:
Segmen BA.
|
9
comments
Tuesday, December 21, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua ....Kes pembuangan bayi sekarang ni dah jadi macam kes buang anak kucing , bezanya ...anak kucing orang buang hidup - hidup tapi bayi bayak yang di temui mati .
Aku jadi marah bila baca banyak kes pembuangan bayi . Entah bila kes ni nak selesai . Semakin hari semakin banyak bayi yang di temui dibuang di tempat pembuangan sampai dan sebagainya . Kalau dah buat dosa tu tak pikir ke akan ngandung ? Dah la buat dosa...bila dah ngandung buang baby merata - rata sebab takut malu . Kes buang bayi ni biasanya anak melayu lah kan..sebab nak tutup malu...so dah beranak buang je merata - rata . Sedih bila tengok gambar bayi comel yang tak berdosa dibuang merata - rata .
Korang rasa ada tak penyelesaian untuk tangani masalah ni ? Pada aku negara maju pun tak guna...selagi pemikiran rakyat jadi semakin zalim dan bersikap seperti zaman jahiliah . Fikir fikir kan lah .
Korang rasa ada tak penyelesaian untuk tangani masalah ni ? Pada aku negara maju pun tak guna...selagi pemikiran rakyat jadi semakin zalim dan bersikap seperti zaman jahiliah . Fikir fikir kan lah .
Labels:
berita
|
3
comments
Sunday, December 19, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua...Lama aku menyepi , aduhh memang busy lately ni , maaf yer . Apa yang aku nak ajak korang kongsi hari ni adalah pasal satu isu ni . Korang yang perempuan tu....naper ekk ? Korang ni suker je cerita pasal ex pakwe korang kat kita orang lelaki ni . Sabar lelaki ada batasnyer tau . Tapi kami buat muka toya jer..tak kan nak naik angin kan ?
Aku memang pelik tau . Apalah guna jika korang cerita pasal bekas pakwe korang yang macho , bulu dada tebal dan bla bla bla . Kami lelaki ni tak minat pun nak dengar...Pada aku , jika kita dah berpisah , buka buku baru . Tak yah nak kenang semua yang dah lepas . Sebenarnya , benda remeh macam ni lah yang akan merenggangkan hubungan sesama pasangan tau . Jangan sakiti hati pasangan korang ngan cerita kosong tu . Hargai detik bersama..itu yang penting .
Nota kaki : Jika kita nak orang hormati perasaan kita...kita perlu lakukan perkara yang sama .
Monday, December 13, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah tak da pompuan bujang ker ? Hehe...perkara ni dah jadi kebiasaan . Sebenarnya kalau di perhatikan , walau pun mereka bukan nak ajak wanita tu bercinta , tapi mereka still admire kat wanita tu kan..memuji dalam hati pun jadilah yek ???
Persoalannyer ...kenapa perkara tersebut semakin berlaku dalam kehidupan kita . Adakah isteri orang tu terlalu menggoda sehingga kita anak teruna ni tergoda ? Atau pun mata lelaki memandang wanita dah berkahwin ni lebih cun dan mengancam . Dan akhirnya si dia mengancam nafsu kita lelaki bujang ni ? haha...
Dari pemerhatian aku..kalau nak kata wanita dah berkahwin ni cun..yang belum berkahwin pun ada ramai yang cun..bergetah , seksi meksi..apa je..semua ada...Tapi biasanya wanita yang dah berkahwin ni , mereka menjaga badan , makan jamu , makan suppliment tuk kelihatan sihat..al -maklum lah orang dah berkahwin..dah beranak pinak..kena lah jaga badan kan . Kalau anak dara..ais pun hentam je..jarang juga kita jumpa isteri orang minum ais..bagi yang jaga body lah kan..
So..dari penjagaan rapi tu lah kot yang membuatkan ramai lelaki bujang terpesona dengan wanita yang dah berkahwin . Pada pandangan aku , sikap wanita muda yang tergedik - gedik dah dah hilang sifat ketimuran juga membuatkan selera lelaki bujang dah tawar terhadap mereka kot...entah la . Itu cuma pendapat aku , tapi mana leh ambek hak orang kan..dia telah berpunya..pandang dari jauh leh la kan ? hehe...pandang - pandang boleh..pegang - pegang jangan..keh keh keh .
Posted by
Unknown
Salam buat semua...ini pertama kali saya buat tag award dari sahabat blogger semua . Sebelum ni asik tak sempat nak buat je . Award istimewa yang saya dapat kali ini adalah di tag oleh LM . Tq kepada LM kerana pas award ni tuk saya .
Inilah award hasil kreativiti aibaks...
Saya pas pulak awards aibaks ni kepada orang ni yer :
ummiizah
aizuddin
Nota kaki : Moga award ni dapat mengeratkan persahabatan sesama kita .
Sunday, December 12, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua ....sihat hari ni ? korang pernah alami percintaan jarak jauh dengan kekasih hati ? Hurmmm sebenarnya berkasih jarak jauh ni ada baik dan buruknya . Pada aku , kadang kala menjimatkan masa dan wang ringgit juga bila buah hati jauh dari kita . Tak la kita asik berdating hari - hari kan ? Dosa pun kurang lah kot .
Tapi bab yang rugi nyer..memang menduga keimanan betul bila kawan - kawan rapat asik berkepit ngan awek...korang duk termenung pandang syiling . Tension tak . Kalau bab bergaduh pulak , pada aku..sama jer..kalau jauh pun ada gak kes nyer yang jadi punca nak gaduh . Kalau dekat leh la bincang depan - depan , ni kalau jauh..aduhh susah nak pujuk beb .
Apa pun , pada aku bercinta jarak jauh ke..atau dekat sama je . Kepercayaan dan ketulusan dalam percintaan tu penting . Betul tak ? Kalau nak curang depan mata pun leh curang jugak kan ...yang penting hati . Ada setuju ???
Wednesday, December 8, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua....sihat hari ni ? Dalam berblogging ni , keikhlasan itu penting . Apa yang kita luahkan dalam entri kita ikhlas , pasti ada yang tertarik nak komen . Masa mula berblogging , memang terasa peritnya . Buat entri tajuk bagus pun orang tak mau datang komen . Tapi...bukan bermakna takda orang komen , tiada orang orang baca entri kita .
Dalam berblog walking pun kena ikhlas juga . Jangan semua ayat sama je korang letak kat shoutbox kawan - kawan . Keikhlasan tu sebenarnya umpama semut hitam di atas batu di kala waktu malam . Kalau kita ikhlas....kita akan dapat hasilnya suatu hari nanti , kejayaan itu pasti milik kamu . Percayalah .
Kalau kita follow blog tu , jangan sekadar follow je . Pastu tak masuk lagi , kenalah bersahabat dengan mereka . Jika bersahabat , pasti mereka datang blog kamu dan rajin nak komen entri kamu ..betul tak ? Jika keikhlasan itu ada...kejayaan akan datang dengan sendirinya .
Posted by
Unknown
Salam semua..saya teringin nak join segmen BEN ASHAARI ni . Saya nak blog saya di jadikan bloglist di sidebar blog beliau . Tq BA..ni penyertaan saya .
Tuesday, December 7, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua . Moga korang sihat di tahun baru ini . Wahh dah masuk bulan Muharam..tahun baru telah bermula , azam baru perlu di buat , bukan begitu ? Ok lah , aku cuma nak cerita pasal wanita . Aku ni biasalah...pastinya lelaki yang minat kepada keayuan wanita . Pastinya aku ni memuja wanita cantik..alamak..apa ayat aku ni ? hahaha . Mati aku kena cekik ngan awek aku pas ni .
Pada aku , wanita cantik bertutup . Cantik dan ayu bertudung , umpama makanan yang di tutup , bersih dari hinggapan lalat dan debu . Begitulah sucinya wanita yang bertutup pada pendapat aku .
Namun , kenapa lelaki suka wanita seksi ? Ramai wanita yang mendedahkan aurat , tayang gambar seksi seksa kat dalan FB ...wahhh rezeki mata beb...nafsu jahat lelaki pastilah nak berkenalan , pasti lah ramai yang add di FB . Apa perasaan girl friend korang kalau tengok korang add pompuan macam sialan tu? hahhhh aku rasa sure dia menggigil dan pengsan .
Tapi , pelik ke kenapa lelaki suka temgok benda tu semua . Pada aku , jika wanita tak buat penawaran , pasti tiada lelaki yang nak buat permintaan . Cuma...relakah kita wahai lelaki untuk beristerikan wanita yang tak cukup kain tu ? Aduhh tepuk dada tanya iman , pada aku...memang aku suker tengok , tapi...kalau dapat jadi milik aku lagi best kot . Ehh silap lak , tak mo lah jadikan suri hati aku , pakai tak cukup kain , dedah sana sini ...aduhh dengan aku sekali masuk neraka kena tanggung dosa dia nanti . Wallahualam .
Nota kaki : Fikir lah wahai wanita semua...
Sunday, December 5, 2010
Posted by
Unknown
Assalamuaalaikum..
Dah lama aku tak sambung cerita pasal buah hati aku ni . Dia ada duk tersipu - sipu tu . Aihh jangan senyum manja2 marling...nanti tak siap entri abang . Aku curi masa buat entri masa sedang berym ngan si dia . Kalau nak cari masa lain..memang tak berupdate la cerita ni .
Ok..lepas dah kenal hati budi kami pun buat keputusan untuk bertemu . Lokasi ? wahhh pastinya tempat yang menarik . tapi mana leh cerita . Aduhh dugaan betul masa nak jumpa . Dia tinggal di selatan , aku di utara . Jarah tu dah menyukarkan . Tapi kami jumpa dan sebelum malam kamu bergerak pulang . Masa berjumpa tu , lidah jadi kelu . Aku cuma cakap sepatah dua je aku rasa...aduhh . Memang aku tak boleh berkata - kata . Rasa macam mimpi lak jumpa si dia . Buah hati aku ? dia macam biasalah..berceloteh tak henti..hahaha..jangan marah ye sayang..memang abang suka celoteh mu , menghiburkan hati abg ni .
Dapat jumpa beberapa jam je , pas tu aku hantar dia pulang ke rumah . Jauh nya...tapi apa nak buat ? sayang punya pasal . Takkan aku nak suruh dia balik naik bas? padahal memang dia dah beli tiket bas siap - siap sebelum tu . Cinta itu indah ...
Posted by
Unknown
Salam Maal Hijrah buat semua . Wahh hari ni terasa macam pendek je waktu . Terkejar - kejar ke sana sini . Takpelah , namanya pun kerja kan ? Owh ye...buah hati aku dah elok dah , tak merajuk lagi dah ...lega beb . Panic aku jap , dia nak tutup blog dia sebab merajuk . aduhh !!.
Tahun baru ni , apa azam korang ? aku macam korang juga , berazam nak buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain . Aku harap apa yang aku rancang akan berjalan lancar dan mudah semuanya . Buat blog ni pula , pastilah aku nak buat yang terbaik , hasilkan entri yang menarik buat santapan semua .
Oklah , pendek je entri hari ni..busy sangat - sangat nih..Selamat menyambut Maal Hijrah , buku baru..so , jangan buat dosa banyak sangat kat buku baru ye?hehe.
Tahun baru ni , apa azam korang ? aku macam korang juga , berazam nak buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain . Aku harap apa yang aku rancang akan berjalan lancar dan mudah semuanya . Buat blog ni pula , pastilah aku nak buat yang terbaik , hasilkan entri yang menarik buat santapan semua .
Oklah , pendek je entri hari ni..busy sangat - sangat nih..Selamat menyambut Maal Hijrah , buku baru..so , jangan buat dosa banyak sangat kat buku baru ye?hehe.
Saturday, December 4, 2010
Posted by
Unknown
Asalammualaikum....
fuhhhh....kecut perut aku hari ni buah hati merajuk beb...masak..
asyik sangat bw..guling la ..terbang la ..sampai tak perasan menguris hati buah hati aku ni..
ermm masak nak memujuk yer ni..aku ingat aku jer kuat cemburu dia pun sama tak per satu kepala ..
cemburu kan tandanya sayang betul tak
Jika buah hati aku tu membaca entry ini aku dangan terbuka ingin memohon maaf jika aku telah mengguris perasaan nya sehingga menjejaskan semangatnya untuk berkarya.Selepas ini aku akan menjaga tatabahasa bila ber bw supaya tidak menguris hati buah hati aku ni lagi....
Harap-harap selepas buah hati aku ni bace entry ni sejuk lah hati nya tu ..tak best oo buah hati merajuk btl x..
korang pun mesti ada pengalaman macam aku ni kan kongsi lah dengan aku ekk...
fuhhhh....kecut perut aku hari ni buah hati merajuk beb...masak..
asyik sangat bw..guling la ..terbang la ..sampai tak perasan menguris hati buah hati aku ni..
ermm masak nak memujuk yer ni..aku ingat aku jer kuat cemburu dia pun sama tak per satu kepala ..
cemburu kan tandanya sayang betul tak
Jika buah hati aku tu membaca entry ini aku dangan terbuka ingin memohon maaf jika aku telah mengguris perasaan nya sehingga menjejaskan semangatnya untuk berkarya.Selepas ini aku akan menjaga tatabahasa bila ber bw supaya tidak menguris hati buah hati aku ni lagi....
Harap-harap selepas buah hati aku ni bace entry ni sejuk lah hati nya tu ..tak best oo buah hati merajuk btl x..
korang pun mesti ada pengalaman macam aku ni kan kongsi lah dengan aku ekk...
Posted by
Unknown
PASIR MAS – Seramai 11 sekeluarga nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh rumah mereka di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini awal pagi semalam.
Pemilik rumah berkenaan, Wan Meriam Wan Idris, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika beliau serta sembilan anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun sedang nyenyak tidur di bahagian atas rumah dua tingkat itu.
Suaminya, Zakaria Dollah, 66, berada di bilik air ketika bunyi dentuman kuat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Saya terdengar dentuman selain bunyi penggera kereta.
“Apabila keluar untuk melihat apa yang berlaku, kami terkejut mendapati sebuah bas ekspres berada di dalam rumah kami.
“Selain bahagian hadapan rumah musnah, belakang kereta Toyota Corrolla SE saya juga remuk,” katanya ketika ditemui semalam.
(Kosmo )
Nota kaki : negri pulak jika rumah tepi jalan kan..nak tido pun tak lena .
Labels:
berita
|
0
comments
Friday, December 3, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum..Aku ingin join segmen baru Ben Ashaari .
- Usia anda berblog ..
-Usia blog ni hampir 2bulan
- Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
-Buah hati Saya..hehehe .
- Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
-Memikirkan banyak entri menarik yang ingin dikongsi oleh blogger tersebut . Tips serta pelbagai berita terkini .
- Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
-Kekasih hati kerana dia rajin memberi tips dan inspirasii untuk saya memulakan langkah dalam dunia blogging ni .
- Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
-Bila mereka yang tak tahu pasal IT , sebut blog pun blok ..aduhh , mereka tak tau macam mana nak buka dan komen di dalam blog, saya akan ajarkan mereka cara membaca blog .
- Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
-Ya , memang amat mempengaruhi kehidupan seharian saya . Saya menjadi semakin yakin pada diri sendiri , mendapat ramai kawan di dunia maya ni , serta setiap hari saya perlu memikirkan apakah entri yang sesuai untuk saya kongsi dengan pembaca .
Saya juga semakin rajin membaca dan ia memberi banyak pengetahuan kepada saya . Kehidupan sebagai anak bujang tidak lagi bosan kerana ia terisi dengan aktiviti blog walking dan membuat entri .
Saya menjadi semakin kuat semangat kerana untuk memajukan blog saya ia memerlukan keazaman yang tinggi . Bukan mudah untuk menarik minat mereka untuk datang membaca dan follow blogger baru seperti saya .Jika dulu sarapan saya adalah nasi lemak , sekarang sarapan terawal saya adalah blog..hehehe . Besarkan pengaruh blog terhadap diri saya .
Wednesday, December 1, 2010
Posted by
Unknown
Salam semua . Aku nak join Segmen anjuran BEN ASHAARI . Nampak menarik dan ni kali pertama aku join segmen beliau .
- Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog
Pada pendapat saya ...sesebuah blog perlu ada header yang menarik dan entri yang kemas dan mudah difahami .
- Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Saya mempromosikan blog saya di dalam shoutbox dan ruang komen setiap blog yang saya masuk .
- Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
Saya tak suka masuk blog yang ada lagu sebab amat membingitkan telinga .
- Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
Saya akan terus melihat entri dia dan jumlah follower dia ramai ke tidak .hehehe.
- Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
Saya akan tinggalkan kata- kata nasihat di ruang komen entri mereka .
- Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
Saya suka blog yang santai dan pastinya simple dan ringan ,mudah nak loading .
Menarik kan segmen ni..jom ramai - ramai join .
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Unknown
Followers
FreshShoutbox
Blog Archive
-
▼
2010
(41)
-
▼
December
(19)
- Selamat Tahun Baru .
- Kemenangan Milik Kita
- 500 Blog
- Kes Pembuangan bayi .
- Jom Sertai Bloglist Izamir Ridzwan
- Jangan Sebut Ex BF Kamu
- Lelaki Bujang Suka Wife Orang ?
- Award istimewa Aibaks .
- Berkasih jarak jauh .
- Ikhlas
- "BLOGLIST 2011...SELAMAT DATANG TAHUN BARU "
- Wanita oh wanita .
- You Pink In My Heart Episod 3
- Tahun Baru
- buah hati merajuk.....
- PERHATIAN...KAMI BLOGGER BARU !!!
- TERKEJUT ADA BAS DALAM RUMAH
- Blog oh Blog
- BILA SI DIA BERTANYA .
-
▼
December
(19)
My Blog List
-
Hilangkan perut buncit dengan cepat !2 days ago
-
Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua5 years ago
-
-
klik jangan x klik ye kengkawan12 years ago
Popular Posts
-
Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah...
-
"Phoonk 1 ends with the killing of Madhu, the woman who casts a black magic spell on Rajiv’s daughter Raksha. Phoonk 2 begins with Madh...
-
Salam buat semua...pernah ke wahai lelaki di luar sana rasa berdebar bila jumpa wanita cantik ? Pasti korang nak gelak dengan tajuk aku ni k...
-
Assalamualaikum..meh kita hayati kisah ni.Mana tau kot-kot terkena batang hidung kita..hehehe. Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmar...
-
http://adfoc.us/244931
-
Salam buat semua ....Kes pembuangan bayi sekarang ni dah jadi macam kes buang anak kucing , bezanya ...anak kucing orang buang hidup - h...
-
Salam buat semua....korang sihat ? aku busy yang teramat sangat la sekarang ni . Terkejar - kejar je rasa . Korang kenal cikgu shida? Ci...
-
Salam buat semua...ini pertama kali saya buat tag award dari sahabat blogger semua . Sebelum ni asik tak sempat nak buat je . Award is...
-
Saya tinggal di Pantai Remis , Perak dan bekerja sendiri . Saya masih bujang dan berwawasan tinggi . Sangat kuat semangat serta punyai mat...
-
Salam buat semua...aku dah buat dah pop up window untuk ruang komen entri aku . Aku harap akan memudahkan korang untuk datang komen . Apa pu...
Powered by Blogger.