Tuesday, November 30, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum ...Moga semuanya happy dan sihat . Dah lunch ? Dah siap makan biasanya aku akan jadi naga . Tau naga ? hahaha...isap rokok la . Shyyyy tak boleh cakap kuat - kuat . Makwe aku marah aku isap rokok . Masa aku dating ngan dia , sebatang rokok pun aku tak hisap . Cinta punya pasal . Dia dah kata kalau ada bau rokok kat mulut dan baju aku dia tak mau dating..mak aiii baik punya amaran dia bagi aku .
Apa yang buat lelaki minat merokok ? aku tak tau pun nak jawab . Tapi bila rasa buntu , memang aku cari rokok . Aduhh tak tau nak cerita , hanya mereka yang perokok je boleh faham . Aku ada tekad nak berhenti merokok , ntah bila aku tak tau . Tapi aku harap tahun depan aku boleh berhenti merokok . Aku sedar merokok tu tak elok dan merbahayakan kesihatan .
Tapi dah mula merokok memang susah nak tinggalkan tabiat tu . Kalau ada member lagi lah susah . Aku tak mau jadi naga lama - lama..asik berasap je . Hehe ...Ada petua untuk cepat berhenti merokok ? jom share ngan aku .
Monday, November 29, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum semua , sihat hari ni ke? Lunch apa hari ni . Makan kat mana , gerai ke atau ke kedai mamak . Kedai mamak memang dah jadi sebati dengan hidup aku . Aku biasanya cari mee goreng je lah . Tapi yang aku perhatikan kedai mamak ni banyak bagusnya . Di samping mee goreng dia yang sedap , dia ada pelbagai lauk pauk yang murah harganya . So..korang nak makan mee goreng ke , nasi ke , atau roti canai mudah . Duduk situ , semua korang boleh order . Betul kan ?
Biasanya..kedai mamak ni akan jadi tumpuan orang lelaki bila tiba musim bola . Semua berkumpul situ ramai - ramai tengok bola..perghhh lain beb feel dia tengok kat rumah dengan kat kedai mamak . Korang selalu lepak kedai mamak ke ? jom- jom kita gi kedai mamak .Aku belanja ..heheh
Posted by
Unknown
Salam buat semua . Sihat ke ? Aku harap korang sihat dan berbahagia selalu . Wahh hari ni aku buka je blog , aku tengok dah ada 100 follower aku . Tak sangka ada gak orang nak follow blog aku ni . Dulu , shoutbox aku tu sepi je , entri pun orang tak sudi nak baca dan comment . Sekarang dah meriah sikit , Alhamdulillah .Ta kepada korang yang selalu memberi aku semangat ye ?
Oklah , meh aku kenal kan siapa follower ke 100 aku Pink Pearl Lady . Kalau nak berkenalan ngan blog beliau silalah ye...menambah kenalan tu kan elok . Tq kepada kalian semua yang sudi menyokong blog aku ni . Tidak lupa juga kepada LM @ Lydia Miza yang banyak beri aku sokongan sejak dari mula buat blog ni lagi . Tq LM ...
Sunday, November 28, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua . Penting ke blog walking dalam dunia blogging ni ? Dulu aku memang tak minat nak bw ni , orang sebut bw pun aku tak tau apa bende tu hahaha . Tapi bila aku tenguk ia banyak mendatangkan faedah bagi blog aku yang baru nak naik ni , aku tertarik nak buat . Dari blog walking la kita nak promote entri kita . Dari situ lah kita nak bagi orang kenal blog kita .
Kalau blog kita ni dah dikenali takpelah kalau tak mau jalan - jalan . Ni kalau tak jalan siapa nak kenal blog kita , betul tak ? Pada aku dari blog walking juga kita boleh bersahabat sesama blogger . Bila dah rapat , kan senang nak bertukar pendapat dalam dunia blogging ni . Bukan semua benda kita tau , so kalau dah ada kenalan tu boleh la nak minta tolong apa - apa kan .
Korang suka blog walking ke ? kalau suka jenguk - jenguk la ke blog aku ye . aku nibudak baru , banyak lagi yang aku tak tau . Happy blogging semua .
Saturday, November 27, 2010
Posted by
Unknown
Salam buat semua . Moga hari ni kalian ceria selalu . Jom aku nak cerita kat korang apa benda yang lelaki paling tak suka . Kalau korang buat jugak wahai wanita di luar sana..tak lama lagi larilah pasangan korang tu .
Ok..buka mata luas - luas ok , pastikan benda ni korang tak buat . Jangan cari pasal , nanti tak pasal - pasal pakwe korang cabut lari . Bagi yang dah kawen , tak pasal - pasal suami cari hiburan lain pula akibat bosan ngan perangai kamu .
1. Kejutkan lelaki ajak dia keluar atau dating time dia sedang syok tido . Lelaki memang pantang bab ni .
2.Ajak lelaki teman korang ke butik wanita , at last sehelai pun tak beli , padahal dah berjam duduk belek situ . haha..aku pernah gak awek aku ajak masuk kat butik tudung . Berjam dia memilih , satu pun tak berkenan..adehhh sabar je la . Selamat ada sofa empuk tuk aku duduk , dah la bulan posa masa tu . Selamat..aku sayang kat dia..hehe . Jgn marah eii sayang..abg cerita je .
3.Ajak tengok filem romantik padahal awal - awal lagi lelaki nak tengok filem perang...hehe..lelaki tak suka kena paksa tau .
4.Teman kan u all pergi majlis yang seorang pun dia tak kenal . Pastu dia kena jadi pak pacak tunggu korang bergosip sambil gelak -gelak ..Awas ye , tengok muka dia bila kamu muncul .
5.Jangan mendesak . Lelaki jadi buntu kalau korang asik desak dengan perkara yang sama bertalu - talu .
6.Tentukan pakaian apa yang harus dia pakai bila keluar dating ngan korang nanti ..arghhh memang lelaki tak suka .
7.Cemburu yang melampau - lampau . Abg kat mana tu? ehh naper ada sore pompuan , pastu u all merajuk bagai nak mati padahal bukan ada apa - apa berlaku pun..
Ok dah dapat apa yang aku nak sampai kan ?
Ok..buka mata luas - luas ok , pastikan benda ni korang tak buat . Jangan cari pasal , nanti tak pasal - pasal pakwe korang cabut lari . Bagi yang dah kawen , tak pasal - pasal suami cari hiburan lain pula akibat bosan ngan perangai kamu .
1. Kejutkan lelaki ajak dia keluar atau dating time dia sedang syok tido . Lelaki memang pantang bab ni .
2.Ajak lelaki teman korang ke butik wanita , at last sehelai pun tak beli , padahal dah berjam duduk belek situ . haha..aku pernah gak awek aku ajak masuk kat butik tudung . Berjam dia memilih , satu pun tak berkenan..adehhh sabar je la . Selamat ada sofa empuk tuk aku duduk , dah la bulan posa masa tu . Selamat..aku sayang kat dia..hehe . Jgn marah eii sayang..abg cerita je .
3.Ajak tengok filem romantik padahal awal - awal lagi lelaki nak tengok filem perang...hehe..lelaki tak suka kena paksa tau .
4.Teman kan u all pergi majlis yang seorang pun dia tak kenal . Pastu dia kena jadi pak pacak tunggu korang bergosip sambil gelak -gelak ..Awas ye , tengok muka dia bila kamu muncul .
5.Jangan mendesak . Lelaki jadi buntu kalau korang asik desak dengan perkara yang sama bertalu - talu .
6.Tentukan pakaian apa yang harus dia pakai bila keluar dating ngan korang nanti ..arghhh memang lelaki tak suka .
7.Cemburu yang melampau - lampau . Abg kat mana tu? ehh naper ada sore pompuan , pastu u all merajuk bagai nak mati padahal bukan ada apa - apa berlaku pun..
Ok dah dapat apa yang aku nak sampai kan ?
Friday, November 26, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum semua , korang sihat hari ni ? Dah bekpes ke belum . Aku belasah nasi lemak je hari ni . Aku memang suka makan nasi lemak . Aku rasa kebanyakan orang melayu memang suka nasi lemak kot ? Walau pun ia akan menggemukkan dan berkolesterol .
Bab nasi lemak ni , aku paling suka makan dengan sambal kerang , rendang daging dan telur . Menggunung lauk , haha . Awek aku paling heran kalau dengar aku makan nasi lemak hari-hari . Gi dating ngan dia kat Marrybrown pun aku belasah nasi lemak gak ...Tapi awek aku paling pandai wat nasi lemak kukus..lembut dan sedap..aku bangga lah beb..cheewahhh .
Korang suka nasi lemak ? Meh datang sini ada lebih lagi ni ..siapa nak silalah .
Posted by
Unknown
selipar jepun ...nak bagi tahu korang semua selipar aku yg aku pakai ke sana sini selama ni selama dah berapa bln entah aku pun tak ingat dah di kidnapp di masjid plak tu ..huhuhu tragis sungguh sampai aku balik rumah kaki ayam nasib kereta park dekat dengan masjid..
merata jugak lah aku cari selipar jepun aku tu sampai tok imam pun aku tanya de nampak ke tidak selipar jepun aku tu hehehe kelakar kan manalah tok imam tu tahu selipar aku kan...
ermm tentu rakan-rakan blogger pun pernah melalui pengalaman hilang selipar kat masjid ni kan ...
apa-apa pun aku halal kan aja lah sape yang terambil atau saja nak roket selipar aku tu.
hikmah nya dapat selipar baru tapi kena keluar duit poket la beli selipar adidas mahal la jgk..tp berbaloi-baloi..
1 malaysia....
Posted by
Unknown
Salam buat semua . Harap korang sihat di hari Jumaat yang mulia ini . Aku sihat - sihat je , cuma kecederaan otot peha aku ni masih lum pulih lagi . Alah..lelaki memang lah macam tu kan ? sikit je tu , aku kan budak sport . Main bola punya hal la ni..Haha..
Aku angin betul hari ni , baik - baik je aku siap Solat Jumaat , aku cari selipar aku merata tak jumpa - jumpa . Aku memang ingat kat mana aku parking selipar aku tadi , tapi mana lak perginya ? Aiseyy sah -sah selipar aku dah kena rembat . Pelik bin ajaib betul la , dah la baru lepas solat , mencuri pulak ? Grrrr angin aku . Korang pernah kehilangan selipar tak masa gi solat Jumaat ?
Wednesday, November 24, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum .
Awek cun . aku rasa semua orang nak ada awek cun kan ? Pasti awek di luar sana mana yang ada rupa dan di cop sebagai cun tak pening - pening bab nak cari pakwe atau jodoh . Tak payah petik jari pun , lalu je lelaki dah follow belakang kan ?
Aku pun teringin nak ada awek cun . Nak buat isteri la . Tapi kan...kalau aku pikir - pikir , ada susah juga memiliki awek cun . Kalau aku keluar dating , mamat lain asik melirik pandang awek aku . Perghhh panehhh betul . Bukan aku tak bangga awek aku cun , tapi susah hati gak orang renung awek aku tu sampai nak cair dia tenung..haha .
Lagi satu , awek cun ni kadang - kadang memilih pasangan . Tau lah lawa..mana nak ada pakwe comot kan...Orang ngurat sana sini . Aiiihhhh aku sendiri la , kalau ada awek cun , tak senang duduk aku tau . Korang ada pendapat tentang awek cun ke ?
Tuesday, November 23, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum...jom kita intai beberapa fakta menarik tentang lelaki . Kepada wanita di luar sana..jom usha ni ..
1.Lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka cantik. sebaliknya diorang lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketrampilan. *perempuan yang kurang cantik di luar sana tak usah risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri anda. pasti meletop di hadapan mata lelaki selepas ni!*
2. Lelaki sangat suka flirts. itu lumrah alam. if perempuan tak boleh nak terima pergi jadi lesbo ok! *sama-sama tak flirt la*
3. Lelaki boleh suka pada perempuan dalam seminit dan boleh jugak tak suka pada perempuan itu seminit kemudian. pernah terjadi macam itu?
4. Lelaki mungkin akan flirting around seharian suntuk. tapi sebelum tidur dia pasti akan berfikir tentang perempuan yang paling dia sayangi. sampai terbawa ke dalam mimpi. percaya la.
5. Lelaki boleh gila bila terkene panahan senyum sang perempuan.
6. Sila jangan cerita pasal ex-boyfriend. Lelaki amat pantang!
7. Bila kaum perempuan memberi message 'you know what?!! ermm. never mind'. akan membuatkan sang lelaki ini berfikiran jauh menyimpang dari apa sebenarnya yang sang perempuan ingin sampaikan.
8. Lelaki benci Gay.
9. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak.
10. Lelaki hanya ada satu nafsu. perempuan ada 9. maksudnya?
Cukup? setuju tak..tak setuju ke?
Labels:
Fakta
|
3
comments
Thursday, November 11, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum..apa khabar korang semua.Aku harap korang sihat - sihat saja . Sekarang ni dah masuk musim hujan . Hampir setiap hari je hujan.Banyak negeri juga dah banjir . Aku simpati kepada mangsa -mangsa banjir . Moga mereka tabah lalui ujian dari Allah .
Tapi yang aku perasan, bila banjir je ,mesti orang ramai buat pesta air...main -main air . Berkayak, berperahu semua....nampak meriah la sesangat . Takda apa pun aku nak cakap , cuma aku nak pesan je kepada ibu bapa , jaga lah anak kecik tu elok -elok . Kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata . Ramai anak kecil jadi mangsa bila musim banjir tiba .
Oklah..happy blogging teman -teman....
Wednesday, November 10, 2010
Posted by
Unknown
Assalamualaikum....apa khabar korang semua . .Aku minta maaf pada korang kerana aku menyepi sampai 2 minggu lamanya . Aku tak balas kunjungan korang . Aku juga tak menjawab sapaan korang . Dalam 2 minggu ni aku tengah pening . Terlalu banyak masalah dan musibah yang melanda diri aku . Aku down sangat -sangat . Aku harap korang dapat maaf kan aku .
Ok...dalam aku merayau- rayai tadi..aku ada ternampak satu blog yang dinamakan dengan nama aduhhh aku pun pelik juga nama blog dia tu . Boleh je dia letak nama blog macam tu ? Hurmmm aku tak tau lah nak komen apa . Sah-sah nama yang dia letak tu musuh agama...dan dari yang aku lihat , dia seagama dengan aku .Kalau aku sebut..sure korang tau tu blog siapa..malas aku nak sebut . Nanti dia banned IP aku ke ...apa ke..mati aku .
Cuma yang aku nak ingat - ingat kan korang la...jangan la pakai nama yang menghina agama atau nama yang menampakkan korang tu jahat atau teruk benar...Aku risau lak tengok dia duk ronda-ronda blog walking dan pakai nick nama dia tu..huhu .
Senang -senang aku lawat korang .
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Unknown
Followers
FreshShoutbox
Blog Archive
My Blog List
-
Hilangkan perut buncit dengan cepat !2 days ago
-
Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua5 years ago
-
-
klik jangan x klik ye kengkawan12 years ago
Popular Posts
-
Salam buat semua...korang perasan tak sejak akhir - akhir ni ramai di kalangan lelaki bujang minat nak ngurat isteri orang ? Adehhh dah...
-
"Phoonk 1 ends with the killing of Madhu, the woman who casts a black magic spell on Rajiv’s daughter Raksha. Phoonk 2 begins with Madh...
-
Salam buat semua...pernah ke wahai lelaki di luar sana rasa berdebar bila jumpa wanita cantik ? Pasti korang nak gelak dengan tajuk aku ni k...
-
Assalamualaikum..meh kita hayati kisah ni.Mana tau kot-kot terkena batang hidung kita..hehehe. Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmar...
-
http://adfoc.us/244931
-
Salam buat semua ....Kes pembuangan bayi sekarang ni dah jadi macam kes buang anak kucing , bezanya ...anak kucing orang buang hidup - h...
-
Salam buat semua....korang sihat ? aku busy yang teramat sangat la sekarang ni . Terkejar - kejar je rasa . Korang kenal cikgu shida? Ci...
-
Salam buat semua...ini pertama kali saya buat tag award dari sahabat blogger semua . Sebelum ni asik tak sempat nak buat je . Award is...
-
Saya tinggal di Pantai Remis , Perak dan bekerja sendiri . Saya masih bujang dan berwawasan tinggi . Sangat kuat semangat serta punyai mat...
-
Salam buat semua...aku dah buat dah pop up window untuk ruang komen entri aku . Aku harap akan memudahkan korang untuk datang komen . Apa pu...
Powered by Blogger.